Friday, November 18, 2011

Dr Mohd Fariq Usof - Klinik Pergigian Peringgit

Penghargaan & ucapan terima kasih ini diberikan kepada Dr Mohd Fariq Usof & rakan2 sekerjanya jururawat2 dlm bilik Dr sebab telah berjaya melakukan pembedahan kecil ke atas gusi yg telah sakit sejak seminggu yang lepas. Alhamdulillah...

Pagi tadi setelah hampir seminggu tak lena tidur & memikirkan kurang sibuk dengan kerja, maka berjaya jejakkan kaki seawal jam 7.15 pagi dengan memakai baju kerja (kerana pagi ni ada mesyuarat dengan PPK UPP1, CPPT di Melaka Tengah) di Klinik Pergigian Peringgit walaupun pada hakikatnya waktu operasi hanya akan berjalan pada jam 8.00 pagi (kes tak tahu jam berapa operasi klinik bermula... Huhuhu). Dalam masa menunggu masih sempat lagi menelefon rakan2 sekerja yang lain & wakil yang hadir memastikan semua berada dalam keadaan & situasi yang dirancang sebelum ini.

Terima kasih sekali lagi kepada Dr Mohd Fariq Usof & jururawat2 daripada Klinik Pergigian Peringgit kerana telah berjaya membuang geraham bongsu yang telah mengalami trauma sehingga berlakunya ulser di gusi.

~published by iPhone~

No comments:

Post a Comment

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...