Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Saturday, May 1, 2010

Puding Kastard + Cincau + Jagung

Teringin nak makan puding letak macam2 benda ni kan... Ape lagik... zasss... Hehehe... Siap letak kuah lagik... Alhamdulillah tercapai la hasrat tu kan. Sedapnya... resipi puding kastard yg asas je... cuma letak jagung ngan cincau :D

Wednesday, April 28, 2010

Betik Puding Jagung & Mee Bandung

Malam tadi... kawan lama masa sekolah kat Ipoh dulu datang rumah bersama isteri dan anak dia... Shukri Md Noor... Tapi kelam kabut semalam lupa pulak nak ambik gambar dorang... Lamanya x jumpa... 13 tahun tu... abes2 jek skolah terus xde jumpa2... Tapi tetap la mengikuti perkembangan masing2... Terima Yob Shukri sudi datang umah... Disebabkan ME x sempat nak bergambar2 sgt kan... hanya ini je yg ade dalam simpanan... X cukup tangan mahu buat semua... menu yang dihidangkan malam tadi sgt la sempoi... Mee bandung, betik puding jagung, sukun goreng & air bandung soda cincau :-)

Mee Bandung

Haaa... ini dia betik puding jagung
hasil lambakan betik kat kebun tu
ME x makan betik... tapi org lain makan...hehehe
Ini idea drpd MyResipi... x dapat nak sertakan link
buat pun x ikut resipi asal
hanya ambik idea hasil bacaan pada tahun 2007 rasanya
tetiba teringat ade penyumbang resipi mcm ni
kalau x silap namanya Tuntung
nak cari balik x jumpa2 lak kat mana...
jadi resipi puding tgh2 dia tu... belasah sendiri jek
terima kasih penyumbang resipi di MyResipi :-)

dalam proses pengerasan puding jagung tu....
sib baik masih igt hasil pembacaan dah bertahun tu
hehehe... yg penting letak jagung dlm dia
ME buat puding tu biasa2 je la
bahan asas ialah serbuk agar2, susu cair, tpg kastard,
jagung manis dlm tin, gula ngan telur ayam :-)

Sunday, March 28, 2010

Puding Ceklat

Antara projek2 khas semasa balik ke rumah sana ialah terhasilnya puding ceklat ni... Comel2 jek acuan puding ni kan... hari tu ade terbaca kat blog Kak Azita rasanya... dia bagi tips cmne nak bagi senang keluarkan puding drpd acuan.... katanya suruh bilas ngan air dulu sebelum masukkan puding... Mungkin acuan ni pertama kali digunakan... maka agak sukar jugak... kena cungkil tepi dia baru leh kluakan... hehehe.... Penah nampak Kak Yani sifu MyResipi makan puding ceklat ngan susu... Maka kite pun cuba jugak la kan... sedap....Konon2nya mahu buat rich chocolate puding from Kak Jun tu... tapi lupa laksss nak cilok resipi dia... hehehe.. maka ini adalah puding yang di buat menggunakan hasil kreativiti diri sendiri... hehehehe

Puding Ceklat makan ngan susu penuh kerim

Side view pulak.. comel2 je kan... sayang nak makan...

Bahan-Bahan
  • 8 gram agar-agar yang jenis bertali (strip)
  • 200 gram gula
  • 4 mug air
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar serbuk coklat ~ ME guna jenama van houten
  • 1/2 mug air panas

Cara-cara membuatnya

  1. Basuh bersih agar bertali tu. Masak bersama air & gula sehingga hancur
  2. Pukul telur sehingga kembang, masukkan tepung kastard dan kemudian susu cair.
  3. Kemudian masukkan bancuhan coklat yang dah dicampur ngan air panas tu.
  4. Campurkan kesemua dalam periuk yang masak agar2 tadi.
  5. Tuang dalam acuan kecik2... comel :-)

Sunday, March 21, 2010

Puding Marble

Sibuknya hujung minggu ni... bermula dengan Sabtu pagi menghabiskan jahit manik kawan tempah baju dia tu... Dah tengahari ke Melaka Sentral pula beli tiket utk ke kelas. & pick up adik sekali.... Terus balik my home sweet home utk buat Puding Marble ni... Lepas tu ke Metrojaya Warehouse Sale dan jadi tourist jap ke Jonker Street... hehehe... Kite mula dengan Puding Marble ni la dulu... yang lain2 tu kemudian la... x sempat le... nanti pelan2 buat entry... hihihi

Puding Marble

Buat dalam bekas kecik ni sebab nak bagi pada sepupu yang kawin pada 21/3/2010.. hari ni le... Puding ni sebagai ganti diri sebab x dapat menghadirkan diri ke majlisnya... Nape x pegi? Huhuhu... hari ni ade kelas terakhir untuk semester ni.. tu pasal le x leh nak p... Kepada Kak Long & pasangannya... Selamat Pengantin baru... Moga berbahagia ke akhir hayat...

Dalam proses pembuatan...
banyak kali kena adunan ni ...
Sib baik ade adik membantu
dia la yg snap pic ni... hehehe

sudah siap...
proses menyimpan lak dalam peti sejuk
dah pesan ngan adik.. esok sblm pegi majlis tu
datang umah ni pick up menda alah ni.. :-)

Thursday, January 7, 2010

Puding Belang ~ Resipi Kak Junjs MYR

Atas permintaan kawan2 yang selalu skodeng2 kat Facebook tu kan... Ni nak minta izin dari tuan punya resipi nak copy & paste masuk ke dalam blog ni ye... Thumbs up to Kak Jun yang sgt glam itewww... :D... resipi ni dah selalu sgt buat sebab memang marvelous... cuma Lia ada menderhaka sket la... mintak ampun yek tuan resipi :-) buat pun senang... 1/2 jam jek dah siap... TQ Kak Jun ye... Resipi ambik kat MYR... TQ yek :-)
Buat puding ni sebab nak bawak ke kenduri bacaan Yassin & doa selamat Pak Long & Mak Long yang telah kembali daripada mengerjakan haji baru-baru ini...

Puding Belang

Bahan-bahan ( 1 acuan sederhana )

  • 10gm serbuk agar2
  • 200gm gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung jagung (lia pakai tepung kastard)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dgn sedikit air panas (jun guna coklat emulco)
  • sedikit pewarna kuning (lia x letak sebab dah pakai tepung kastard)

Cara-cara

  1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
  2. Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
  3. Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
  4. Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi dicampur koko.
  5. Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna coklat dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
  6. Sejukkan dan hidangkan.

Friday, October 30, 2009

Puding Soya

Semalam lepas cakap phone dgn Mr Kwrshii... Mcm malas jek nak sambung balik buat keje2 tesis tu kan... so buka peti nampak kacang soya yg dah siap rendam... Sib baik nampak.. kalau x busuk kacang tu x dijadikan air lagi... So cepat2 blend dan masak.... hasilnya ialah Puding Soya ni... Mcm mana nak dapatkan air soya yg sedap??? Untuk 1 cawan kacang soya... bland dgn 2 cawan air... Untuk 2 cwn kcg soya, jadik 4 cwn air le kan... perah dgn kain... letak daun pandan sehelai... pastu... gula 3 sudu besar jek... dah cukup manisnya... pekat.. sedap...

Puding Soya

Masak dalam periuk

posing sket lagi... cak!!!
cantik pulak gelas kecik2 ni kan....

Lebih buat puding, simpan dalam peti
buat bekpes pagi tadi... yummy
nyaman tekakkkkk :-)

Tuesday, October 27, 2009

Triffles ~ Utk Besday Mieza Qhaleeda

25hb Oktober, 2009 bersamaan hari Ahad yang lepas... merupakan besday anak sedara yang kedua iaitu Mieza Qhaleeda... Hari ni cite pasal triffles yg ME buat utk dia la kan... Biasa la.. Project tgh2 malam...Hehehe... Supaya esoknya senang... malas nak buat siang2 ni... banyak gangguan...

Hasilnya... cantik gak kombinasi warna ni

Memula letak swiss roll cake
perasa coklat... beli jek... hahaha

Pastu kite masak kastard puding
santan xde... susu cair pun xde
belasah pakai susu segar... boleh le kan
Lepas tu... kite letak buah lakssss
apesal le buah ni kale mcm kureng2 je kan...hehehehe
bantai jek ape yg ade
letak hirisan mangga dgn plum...
masam le pulak plum ni
Taraaaa....letak pulak ngan jeli perasa rasberi ni
beli ready made jek... Nona yg buat...
Balik letak air panas jek... dah siap...hehehe

Friday, October 16, 2009

Puding Belang

Buat puding ni sebab pagi ni ade majlis raya2 kat opis... gambar sekitar majlis akan di hapdet kemudian yek... Resipi dari kak jun ni memang mabeles.. lagipun senang nak buat... hehehe... (tu yg pentingnya)...

tgk la tu.... cantik kan
tuan dia buat lagi ler cantik...
tgk jam brp buat puding ni... kul 1.02am
wahaha....
gara2 ngantuk masa buat tesis le ni
Jom makan yg korek2 dalam periuknye...
hehehe.... sedap kan makan yg korek2 ni...
Miss HP tu nyebok gak ke ambik gambar skali...
untuk resipi... mintak izin ye kak jun nak kopipes

Bahan-bahan ( 1 acuan sederhana )

10gm serbuk agar2
200gm gula
2 1/2 cawan air
1 tin susu cair
3 sudu besar butter
3 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dgn sedikit air panas (jun guna coklat emulco)
sedikit pewarna kuning

Cara-cara
  1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
  2. Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
  3. Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
  4. Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi dicampur koko.
    Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna coklat dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
  5. Sejukkan dan hidangkan.

Thursday, September 3, 2009

Puding Kastard Jeli

Jeli yang CikManggis cakap goyang2 semalam tu kan.... Ni le hasil nya.... Hehehe.. Makan Puding Kastard Jeli ni dgn kuah dia.... sedap ni makan sejuk2... Pas balik terawih cari menda alah ni dlm esbok... Resipi cuba2 jek ni.... Rasa pudingnya lembut jek. Kite layan resipi kat bawah ni......
Puding Kastard Jeli
@@@ Bahan-Bahannya
** Untuk Puding Jeli
  • Jeli sumi (buang plastik dan guna le brp banyak nak)
  • 1/2 bahagian agar2 (yg jenis bertali~kat plastik tulis 35gram)
  • 5 sudu besar gula
  • 200 ml susu cair/sejat
  • 800 ml air
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 2 titik pewarna kuning telur

** Untuk Kuah Puding

  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 400 ml air
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 200 ml susu cair/sejat
  • 1 sudu teh perasa butter vanilla

### Cara-cara membuatnya

  1. Basuh agar2 bertali, kemudian masak dgn air dan gula sampai hancur.
  2. Bancuh tepung kastard dgn sedikit air dan kemudian masukkan ke dalam didihan agar2 bertali td bersama-sama dgn susu sejat td dan 2 titik pewarna kuning. Masak sehingga likat.
  3. Dalam masa yg sama buka plastik jeli dan letak ke bahagian dasar acuan. Kemudian tuang puding kastard yg dah masak tu. Biarkan sejuk dan mengeras.
  4. Untuk kuah puding pula, campur kesemua bahan2 dan masakkan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di tuang ke atas puding td.
  5. Enak dimakan ketika sejuk2.... Hehehe
A bowl of puding :-)

Tuesday, September 1, 2009

Puding Kopi Susu

Buat puding ni sebab terliur tgk resipi
kat dalam suratkhabar Harian Metro
hari Ahad, 30hb Ogos, 2009 yg lepas.
Skodeng2 kat paper Apis masa dlm kelas.
Pastu smlm suh dia sms resipi :-)

untuk resipi yg telah diolah/diubahsuai
Bahan-bahannya
** untuk lapisan susu
  • 5 gram serbuk agar2
  • 5 sudu besar gula
  • 350 ml air
  • 250 ml susu sejat

@@ untuk lapisan kopi

  • 1 1/2 sudu besar serbuk kopi
  • 50 ml air panas
  • 5 gram serbuk agar2
  • 7 sudu besar gula
  • 400 ml air

&&& Cara-cara membuatnya

  1. Untuk lapisan susu... didihkan air dan masuk gula serta serbuk agar2. Apabila agar2 telah masak dan mendidih, masukkan susu sejat dan didihkan kembali.
  2. Untuk lapisan kopi pula, didihkan air serbuk agar2 dan gula. Bancuh kopi dgn air panas, tapis dan masukkan kedalam bancuhan tadi. Kemudian masak semula hingga bancuhan mendidih.
  3. Apabila hendak melapis, letak loyang kedalam loyang yg lebih besar dan tinggi. Kemudian Loyang yg besar itu diletakkan air sejuk yg dicampur dgn ais. Mula la melapis satu demi satu lapisan. Untuk setiap lapis, garis2kan dgn garfu sebelum diletak dgn lapisan yg seterusnya. Ini adalah untuk memberikan lekatan antara 1 lapisan dgn lapisan yg lain. Kegunaan air sejuk yg dicampur dgn ais ialah bagi membolehkan lapisan agar2 tersebut membeku dgn lebih cepat. Selamat Mencuba :-)

Wednesday, August 12, 2009

Puding Caramel

Puding Caramel
Buat ni sebab dah lama x makan
Bulan Ramadhan ni nak jual puding ni
tahun ni x de buat biskut raya utk jual
penggantinya ialah puding caramel
sebagai penambah rezeki.. Amin

Monday, June 29, 2009

Puding Pelangi

Puding pelangi ni buat semalam atas request My Lovely Mum.... Dia cakap dah lama x makan benda alah ni.... Bahan2 basic je sume ade kat rumah.... So ape lagi... buat kan le... Seloyang ni, kalau ade anak2 buah tu sekejapan le abisnya... Layannnn


Ni le gambar sebelum puding mengeras... Pelanginya x berapa jelas kan... Malas nak buat banyak2 kale male ni... Hehehe

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...