Sunday, March 28, 2010

Puding Ceklat

Antara projek2 khas semasa balik ke rumah sana ialah terhasilnya puding ceklat ni... Comel2 jek acuan puding ni kan... hari tu ade terbaca kat blog Kak Azita rasanya... dia bagi tips cmne nak bagi senang keluarkan puding drpd acuan.... katanya suruh bilas ngan air dulu sebelum masukkan puding... Mungkin acuan ni pertama kali digunakan... maka agak sukar jugak... kena cungkil tepi dia baru leh kluakan... hehehe.... Penah nampak Kak Yani sifu MyResipi makan puding ceklat ngan susu... Maka kite pun cuba jugak la kan... sedap....Konon2nya mahu buat rich chocolate puding from Kak Jun tu... tapi lupa laksss nak cilok resipi dia... hehehe.. maka ini adalah puding yang di buat menggunakan hasil kreativiti diri sendiri... hehehehe

Puding Ceklat makan ngan susu penuh kerim

Side view pulak.. comel2 je kan... sayang nak makan...

Bahan-Bahan
  • 8 gram agar-agar yang jenis bertali (strip)
  • 200 gram gula
  • 4 mug air
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar serbuk coklat ~ ME guna jenama van houten
  • 1/2 mug air panas

Cara-cara membuatnya

  1. Basuh bersih agar bertali tu. Masak bersama air & gula sehingga hancur
  2. Pukul telur sehingga kembang, masukkan tepung kastard dan kemudian susu cair.
  3. Kemudian masukkan bancuhan coklat yang dah dicampur ngan air panas tu.
  4. Campurkan kesemua dalam periuk yang masak agar2 tadi.
  5. Tuang dalam acuan kecik2... comel :-)

3 comments:

  1. salam lia..sedap dan comelnya!!cm dak cuba buat la..

    ReplyDelete
  2. Zalia, mintak puding cikit!!! Laparnya Love tgk puding U nih...haishhh...:)

    ReplyDelete
  3. CM>> comel je kan.... TQ kalau sudi mencuba

    Love>> hihihi... makan puding xkenyang la.. makan ayam tandoori goreng u lagi best

    ReplyDelete

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...