Jom makan2 kat sini... Tempat peberet kalau mkn tghr & mlm bila ada di sekitar DBP. Mlm ni kita mkn mcm2 cuma x pedas lauk pauknya. Ada dikalangan kami yg tgh berpantang mkn pedas ye. Layankan je scenery & lauk2 ini.... Mknan ok! Servis pun bagus. Tempat makan & parkir kereta juga bagus. Yg x bagus kali ni ialah pelayan2nya. Ermm.. Mungkin mereka kepenatan. Tapi not nice ye buat perangai yg nampak kurang ajar dgn pelanggan. Moga perbaiki :)
This blog is a personal blog about writer's personal life. Any articles and photos may not be copied in any form.
Saturday, October 29, 2011
Wednesday, October 26, 2011
Tauhu Bakar
Jom makan tauhu bakar... Menu yg senang sgt. Masuk tauhu dlm oven pastu biar je. Sos pun sng... Cili mesin, gula, bawang putih kalau suka & asam jawa. Masak pekat. Yg lain hiris je... Sentiasa pastikan dlm esbok ade stok kacang panggang... Yummy :)
Tuesday, October 18, 2011
Seafood Curry Mee @ Mee Kari Makanan Laut
Ahad lepas 16/10/2011... Balik kemas rumah seperti biasa. Kay dtg rumah lepaking... Jadi buat mee kari ni utk makan2. Uda pula ada mesyuarat di Rembia. Memandangkan kami berdua je di rumah, maka sesi sembang2 & tgk DVD cite Korea pun berjalan lancar. Hehehe... Sampaikan sepetang tu langsung x kemas umah. Lagi pula ditambah dgn hujan waktu tu.
Resipi mudah je mee kari ni kan... Cuma klu nak mkn kena ade kawan2 dtg baru best. Setakat nk mkn sorang2... Sungguh x berbaloi memasaknya. Biasanya bahan yang suka letak utk kuah kari tu ialah udang, sotong, kerang, kari paste, asam jawa, kentang potong dadu, bawang merah, putih, halia, garam & santan (tp ari tu x pakai santan... Guna susu cair je). Pastu utk mee biasa je... Mee kuning, telur rebus, tauge & sawi celur, daun sup, tauhu goreng potong dadu dan juga bawang putih goreng...
Jemput makan semua :)
~publish by iPhone~
Tuesday, October 11, 2011
Belajar Bahasa Mandarin
Saya sedang mengikuti kelas bahasa Mandarin di Kolej Komuniti Bukit Beruang. Kelas telah diadakan pada setiap hari Selasa & Rabu jam 8-10 malam. Hati kecil tergerak untuk belajar bahasa ini setelah saya serta sahabat baik dalam perancangan untuk ke Shenzen & Guangzhou pada Disember nanti. Memandangkan bahasa Mandarin dituturkan secara meluas di sana, saya telah mengambil inisiatif untuk belajar serba sedikit. Kebarangkalian besar kekangan bahasa dapat dielakkan ketika berinteraksi semasa di sana. Semoga dapat dimanfaatkan ilmu bahasa ini. :)
Thursday, September 22, 2011
Utusan Raja Sehari
Utusan Raja Sehari ni... adik saya Mohd Safwan & Hafizah... Majlis bakal dilangsungkan esok hari di rumah pengantin perempuan di Bukit Rambai. Berikut adalah aturcara majlis selama 3 hari. Kakak pengantin sangat sibuk ye... tak tau nak cerita dah cmne... yang pasti tengah bertungkus lumus menjahit manik baju nikah bakal adik ipar...Aturcara majlis:
23hb. September, 2011
24hb. September, 2011
23hb. September, 2011
- Majlis nikah selepas solat Asar di Masjid Taman Bukit Rambai
- Majlis berinai besar di rumah pengantin perempuan jam 8 malam
24hb. September, 2011
- Majlis persandingan & kenduri jam 11-5 petang di rumah pengantin perempuan
- Majlis kenduri doa selamat & marhaban di rumah pengantin lelaki selepas solat Isya'
- Majlis persandingan dan kenduri jam 11-5 ptg di rumah pengantin lelaki
Tuesday, September 20, 2011
Rehat & Cuti Di Cherating
Kali ni entry agak panjang ye... Kesempatan cuti Hari Malaysia 16-18hb. September, 2011 yang lepas digunakan untuk bercuti-cuti dengan kawan2... sepanjang perjalanan semuanya ok saje... Alhamdulillah :)
kita layan gambar sunrise belakang rumah ni dulu
kami seramai 4 orang bergerak dari Melaka jam 8.30am
menaiki Citra Kay
Dorang2 ni dari rumah lain
Ade yg makan roti canai... ade yg makan bihun goreng
saya minum je
tido rumah Kay & Uda
Kami gerak lambat pagi tu sebab
anak2 kucing kat rumah depa ni demam & selsema
Kat sana memang tempatnya la...
banyak sangat benda alah ni serta KEROPOK LEKOR
Kami dah mcm ape je... Beli x hengat... kiki
gambar tuan rumah x sempat nak amek pasal
tuan umah tengah sibuk masak masa tu...
kami datang terus lepak2 & makan jek
kesian dia
Petang tu kami hanya lepak2 di Kemaman
rumah kak Yat best sangat sebab rumah kampung
sejuk jek
seronok tinggal di Banglo ni
sempat menjahit manik juga di sana
(ayat x bleh blah... hehehe)
Memang cantik... buka je langsir pintu sliding... boleh tgk ni
Nyaman...
masih awal pagi lagi ni... orang pun x berapa ada lagi
Beria2 pegi sini slps smlmnya akak tu tutup pagar... hehehe
Kami sampai je, dia pun tutup... sedih betullll
Sunday, September 18, 2011
Sarapan Pagi Di Cherating
Assalamualaikum... Sarapan Di Mana? Dah macam tajuk rancangan TV jeee... :) Kali ni perkongsian cerita jalan-jalan & makan-makan, kita ke Cherating, Pahang Darul Makmur.... Memandangkan percutian ke sana hanya selama 3 hari... maka sarapan pagi yang sempat di makan ialah sebanyak 2 kali sahaja. Kami memilih makan sarapan pagi berdekatan dengan tempat penginapan. Jom kite SERBU...
Friday, September 16, 2011
Bercuti ke Cherating & Kemaman

Berehat sebentar & lari daripada kesibukan kerja serta belajar... maka pada cuti umum hari Malaysia 16-18hb. September, 2011 saya dan kawan2 telah pergi bercuti. Kali ni pilihan cuti2 ialah ke Cherating & Kemaman. Kami telah menginap di The Legend Resort Cherating selama percutian tersebut. Hati sangat gembira kerana telah berjaya berehat sebentar setelah sibuk sekian lama. Akan datang saya akan kongsi mengenai percutian tersebut ye. Untuk kali ni, hanya ada gambar tiket tol LPT ni sahaja... hehehe....
MODE: Apa la yang bikin sibuk sangat tahun ni... haihhh!!! Sabar la hati, otak, badan... huhu
MODE: Apa la yang bikin sibuk sangat tahun ni... haihhh!!! Sabar la hati, otak, badan... huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)





