Thursday, August 29, 2013

Kasut Manik Nyonya

                Kasut Manik Nyonya

Antara penyumbang kepada kesibukan juga ni... Cuma buat masa senggang jek. Kena tinggalkan art work ni kat rumah satu lagi. Bila balik sana baru leh belek2. Kasut manik ni satu peninggalan baba nyonya kat Melaka ni. Kalau kita tak buat, makin lama pupus dah la. Xde generasi mewarisi. 

Untuk kasut manik ni. Bahan2 yg digunakan adalah seperti pemidang kain saiz 12 inci, pattern kasut, manik saiz 15, gunting, benang, jarum saiz 12 dan kain tebal utk kasut. Mesti ramai tertanya2 kat mana nak beli pattern kasut manik ni kan. Kalau kat Melaka ni, kedai Anyang kat Jalan Bunga Raya la tempatnya. Situ... 2 jam shopping cari pelbagai bahan2 utk jahitan pun tak terasa. Boleh pilih manik besar ke manik kecik. 

Apa beza manik besar dan manik kecik? Kalau saper2 menjahit manik dorang mmg tau le kan. Penggunaan manik besar tu saiz 12. Kalau manik kecik tu pulak saiz 15. Nampak beza 3 je kan. Tapi besar tu... Kasut manik nyonya semestinya menggunakan saiz 15. Halus.. Nak lagi cantik. Guna manik potong. Tapi kat Malaysia memang takde stok jual manik potong. Imported daripada UK. Nanti senang kite cite dgn Tok Ulung kasut manik kat Melaka ni. Kat sini, dia je yg ader jual kasut manik potong. 

Berapa harga sepasang kasut manik nyonya? Banyak faktor penyumbang kepada harga. Menjadikan ianya bernilai tinggi semestinya kasut manik ini adalah buatan tangan. Design kasut manik juga memainkan peranan. Macam2 design ader. Yg selalu kiter jumpa bermotifkan geometrik, bunga dan haiwan. Geometrik tu kira design yg baru la. Kalau bunga yg selalu jadi pilihan, bunga ros.  Haiwan pulak, mcm burung merak, ikan emas. Biasa motif2 design ni kita boleh jumpa jugak kat kebaya nyonya. Harga bagi sepasang kasut manik saiz 12 tu paling murah jumpa sepasang RM500. Untuk manik saiz 15 pulak RM900. Manik potong tu pulakkkkk... Leleh ayer mata. Sebab mencecah RM1500... 

Sekian, panjang lebar lak citernya... 

No comments:

Post a Comment

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...