Sunday, March 28, 2010

Beef Curry Puff

Tadi petang dah balik rumah sana... aktiviti masa balik sana adalah buat frozen food... Nape la buat frozen food @ makanan sejuk beku ni? Sebab bila2 ade kawan2 datang umah senang... dah standby jek mende alah tu.. hehehe... Jadi frozen food yag sempat dibuat ialah Beef Curry Puff ni... ataupun nama lain ialah Puff Kari Daging... Cuma buat inti dia jek... Kulit puff tu beli yg di pasaran... :D

Taraaa... sempat bakar 3 ketul ni utk dinner with Adik

Ini la inti yg dimasak tadi...
lebih daging drpd kentang
resipi utk inti puff ni nanti jenguk kat bawah ye :-)
Yeayyyy.... yang paling banyak membantu
inilah pastri @ kulit puff tu
hehehehe... beli jek yg dah siap
Telah selamat dibungkuskan masuk dalam bekas
senang keje nanti... cuma pre-heat masuk dlm oven jek
Resipi Inti Puff
  • 300 gram daging pejal
  • sebiji besar ubi kentang besar
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1/2 sudu besar serbuk perasa ikan bilis
  • 1 pokok daun sup
  • Minyak utk menumis
  • garam secukup rasa
  • air 500ml

Cara-cara membuatnya

  1. Daging dihiris nipis dan kecil. Ubi kentang dan lobak merah dipotong dadu.
  2. Potong dadu bawang merah & bawang putih. Panaskan minyak dan tumis.
  3. Masukkan daging yang telah dihiris nipis dan dibasuh bersih tadi dan biarkan sehingga air daging tadi kering.
  4. Masukkan pula serbuk kari & serbuk perasa ikan bilis yang telah dicampur dengan air sedikit.
  5. Bila kari telah garing sedikit, masukkan pula kentang dan lobak merah berserta air. Biarkan sehingga kering.
  6. Akhir sekali masukkan daun sup yang telah dihiris. Siap

No comments:

Post a Comment

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...