Friday, October 9, 2009

Nasi Berlauk

Masak ni menggunakan resipi kat MyResipi.... Terima kasih kpd tuan punya resipi iaitu cik lizacomel... Selalu kalau nak makan ni kena cari kat kedai2 org Kelantan... La ni dah x payah dah... dah buleh buat sendiri.... sedap2 ni... Mintak izin kepad Cil LizaComel untuk paparkan resipi gulai ikan ni....

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

1 kg ikan tongkol
2-3 ekor ikan kering
2-3 ulas asam keping
4 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
4-5 biji cili padi
3 cm lengkuas
2 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan cili giling
1 biji kelapa
1 batang timun
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
garam secukup rasa


Cara-cara

  • ikan tongkol dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...untuk menghilangkan hanyir,ikan tongkol direbus bersama asam keping...ketepikan ikan tongkol rebus ini...
    kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili padi, serbuk kunyit dan sedikit kelapa parut...timun dibelah dua dan dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...sediakan santan daripada sebiji kelapa...
  • masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk...kemudian, masukkan santan dan cili giling...panaskan periuk menggunakan api sederhana...masukkan timun...
    kemudian, masukkan ikan tongkol rebus tadi bersama ikan kering...masukkan pula cili merah dan cili hijau...
  • kacau perlahan-lahan...jangan biar pecah minyak...biarkan sampai mendidih...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P
    untuk sambal nasi berlauk yang ringkas: kisar kasar 3-4 biji cili merah bersama sedikit cili jeruk dan secubit garam...

3 comments:

  1. wah lia..pandai makan nasi berlauk ya...tambah sambal cili api..sedapnya

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera,

    Kami ingin mengajak anda menyertai komuniti blogger dari serata tanahair untuk mempromosikan blog anda di laman web kami.

    Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya. Pendaftaran adalah PERCUMA!

    Daftar sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]

    Malaysia Boleh!

    ReplyDelete
  3. CikManggis.... sedap nasi berlauk ni kan CM.... Tang sambal tu kan.. lia ade ngelat ler... campur lada ijau ngan cili api... x tahan extremely hot le CM... hehehe

    IMCurtain.... okes... nanti kite cuba join ye ... thanks for invite me :-)

    ReplyDelete

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...