Jika menggunakan lebuhraya utara selatan di waktu pagi, singgahlah di Hentian Rehat Nilai arah utara untuk menikmati sarapan nasi lemak Yang sedap. Kerana sering menempuhi kesibukan lalulintas lebuhraya tersebut seawal jam 6 pagi, maka hentian rehat ini dipilih untuk bersarapan. Gerai ini letaknya di hujung sekali berdekatan dengan tempat parkir kereta dan wakaf. Untuk menikmati nasi lemak sedap ini, waktu operasinya jam 7:30 pagi ye. Pagi ini bersarapan di sini kerana perlu menghadiri mesyuarat di Maju Tower. Harga nasi lemak seperti dalam gambar ini RM4.50 :)
Tips: Sepanjang laluan lebuhraya antara JB-Melaka-N9-KL dan patah balik semula, nasi lemak ini antara yang sedap & memuaskan hati. Harus cuba!!! (semua ini berdasarkan kekerapan berhenti rehat sepanjang 8 tahun sebagai pengguna lebuhraya utara selatan... Kekerapan menggunakan lebuhraya mencecah seminggu 2 kali kebelakangan lewat 2 tahun ini. Lain orang lain citarasa kan :D)
~published by iPhone~