Semoga mak kembali sembuh seperti sediakala... Ini mak saya. Hamziah Mohd Yatim. Di usia 62 tahun, mak saya buat kali ke pertama dimasukkan ke hospital kerana appendices. Alhamdulillah... Mak semakin positif. Cuma terdapat beberapa sakit yg perlukan pemantauan lebih. Mak masih di hospital lagi. InsyaAllah mak akan kembali sembuh mcm selalu. Saya sayang mak saya 😢
This blog is a personal blog about writer's personal life. Any articles and photos may not be copied in any form.
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts
Monday, January 25, 2016
Saturday, August 24, 2013
Tempahan Manik Baju Nikah
Skrg tgh sgt2 busy dgn project tempahan manik utk baju nikah... Perlukan pearl yg banyak... Jadual sgt padal sepadat2 manik yg perlu dijahit kat lace ni. Huhu...
Labels:
Do It Myself,
Do It Myself,
Embroidery,
Family,
My Arts Zalia,
Tempahan
Saturday, January 21, 2012
21.01.2012 ~ Hepi Bestday @ TGI Friday, Pavillion
My Sis belanja mkn2 kt TGI Friday sempena birthday husband dia aka my abg ipaq. TQ la sis... Best tempat ni, mknan pun best & portion besar. Selain tu staf pun bagus. Kite buat surprise cake dgn bantuan staf TGI kat situ. Satu restoran nyanyi utk abg ipar. Hehehe... Layan
~published by iPhone~
~published by iPhone~
Surpriseeee!!!
Tuesday, November 22, 2011
Kenduri Kahwin
Kisahnya dah lama... 23-25 September, 2011 yang lepas. Cari punya cari, hanya ni je gambar yg ada dlm phone. Yg lain semua dah transfer ke lappy. Tapi yg ni pun boleh la. Skrg ni my DV3 HP jarang sgt bekerja. Ade 1/2 tahun kot dok relax, kdg2 je keje. Sejak ade new gadjet ni, lupa langsung kpd khidmat dia. Hehe... Gambar sikit2 je la ye. Ni pun masa bersanding. X dan nak amek byk sgt, maklum saje... Sibuk org tgh ramai masa tu. Sekadar utk kenangan
~published by iPhone~
~published by iPhone~
Sunday, November 6, 2011
Aidiladha 1432H - 6.11.11
Salam Aidiladha... Pada tahun ini Aidiladha jatuh pada tarikh hari lahir kak Nani. Hepi besday!!!
Sempena Aidiladha ni juga, terima 2 tempahan kek coklat. Yg ada love besar tu utk kak Finaz (kak ipar Reza)... Manakala yg lg 1 tu utk kak Nani...
Pagi2 raya tu bangun & sediakan kuah lontong serta sambal tumis. Tahun ni Angah buat korban, jadinya byk betul daging kat rumah. Kami masak ketupat nasi daun kelapa juga. Selain tu ada rendang & lemang. Mcm raya2 sblm ni, lemang kat rumah ni amek kat Rembau. Abg ipar balik Rembau sebelum raya. Dorang mmg buat lemang setiap kali raya & puasa.
Sesi mengisi beras dalam ketupat
Ketupat dah siap rebus
(rebus dalam pressure cooker je... sejam)
(rebus dalam pressure cooker je... sejam)
Lontong, sambal tumis, rendang & lemang
Thursday, September 22, 2011
Utusan Raja Sehari
Utusan Raja Sehari ni... adik saya Mohd Safwan & Hafizah... Majlis bakal dilangsungkan esok hari di rumah pengantin perempuan di Bukit Rambai. Berikut adalah aturcara majlis selama 3 hari. Kakak pengantin sangat sibuk ye... tak tau nak cerita dah cmne... yang pasti tengah bertungkus lumus menjahit manik baju nikah bakal adik ipar...Aturcara majlis:
23hb. September, 2011
24hb. September, 2011
23hb. September, 2011
- Majlis nikah selepas solat Asar di Masjid Taman Bukit Rambai
- Majlis berinai besar di rumah pengantin perempuan jam 8 malam
24hb. September, 2011
- Majlis persandingan & kenduri jam 11-5 petang di rumah pengantin perempuan
- Majlis kenduri doa selamat & marhaban di rumah pengantin lelaki selepas solat Isya'
- Majlis persandingan dan kenduri jam 11-5 ptg di rumah pengantin lelaki
Tuesday, January 4, 2011
Cuti2 Di Melaka
Walaupun ini adalah cerita lama iaitu semasa musim cuti persekolahan hujung tahun lepas, tapi masih juga mahu berkongsi cerita di sini untuk kenangan. Boleh dikatakan setiap kali musim cuti sekolah, DANIAL yang merupakan anak saudara ni memang akan balik ke Melaka. Seronok katanya cuti di sini. Lagi pula ada sepupu2 yang lain. Jom kite tgk apa aktiviti dia pada 6/12/2010 yang lepas :)

Danial & Mak Su
berlatang belakang kincir air di seberang sungai Melaka
Nasib baik ada makcik yang pandai selok belok jalan kan,
dapat la mengelak daripada melalui jalan2 yang sesak.
Untuk pengetahuan, jalan di Melaka kerap sesak semasa
cuti persekolahan. Ini berikutan Melaka menjadi tumpuan
pelancong dar dalam dan luar negara :)
Melaka Bandaraya Bersejarah
Melaka Bandaraya Warisan Dunia

Puas berjalan di siar kaki dari Jonker Street hingga ke hujung kapal.
Menurut sejarah, satu masa dulu, di muara Sungai Melaka ini merupakan
jeti dagangan yang menempatkan kapal2 dagang dari luar negara
yang berniaga rempah ratus, sutera dan sebagainya.
Replika kapal yang tersergam indah ini telah dijadikan
Muzium Samudera. Kapal dagang di zaman dahulu kala
memasuki Sungai Melaka melalui Selat Melaka yang sehingga kini
merupakan selat tersibuk di dunia. Besarnya saiz kapal dagang
dahulu kala adalah 3 kali ganda daripada saiz replika ini.
Wednesday, June 2, 2010
Majlis Pertunangan Dik Wan
Kesibukan melanda diri ini... Cuti2 hujung minggu yang lepas merupakan hari2 yang penuh aktiviti menyihatkan. Hihihi... 29hb Mei, 2010 Dik Wan telah melangsungkan pertunangannya dengan buah hati tercinta. Bakal adik ipar nanti org Melaka ni juga, pertama kali la bermenantukan org Melaka dalam keluarga ni. Tak larat nak cite banyak2... kite layan je sket2 gambar hasil lensa diri ini... Gambar2 dari lensa D3000S xdek lagik... Lom siap kata Dik Wan.... Jom2
Sempat buat mee ni je untuk sedara makan sblm
bertolak ke rumah org sebelah :-)
Sunday, May 9, 2010
Friday, May 7, 2010
Monday, April 26, 2010
26.04.1951 >::< 26.04.2010
Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 59 untuk Ayahanda Tercinta... Semoga diberikan kesihatan yang baik masa sekarang ni... Terima kasih kerana telah memberikan secukupnya keperluan untuk anakanda mu ini... Tidak terluah dengan perkataan segala2nya... Sangat berbangga kerana mempunyai seorang bapa seperti Ayahanda...
Friday, March 19, 2010
Bila Si Kepoh Balik Kampung
Ahad lepas pas abes kelas.... si kepoh ni nak ikut balik... Kata dia cuti sekolah nak balik umah nenek... dah sampai umah nenek air tu dia sibuk suruh anto balik KL balik.... haisyhhhh... pening kepala tauuu... Punya la kepoh mamat ni.... abes berterabur umah nenek ngan atuk dikerjakannya... Atuk pun dah pening dah... sampaikan masa nak tengok TV, atuk pegang rotan sebab bising sangat lerrr... huhuhu... mulut x berenti bercakap jekkkkk... Atuk kata degil lak tu... huhuhuhu....
Thursday, February 4, 2010
Mieza Alya
Hari ni... Mieza Alya akan menjalani pembedahan bagi membetulkan kedudukan mata dia di Hospital Pantai, Cheras.... Sejak semalam Alya, Mama & Babah dia dah pegi ke sana untuk buat pemeriksaan mata. Semoga semuanya berjalan lancar dan ALLAH mempermudahkan segala urusan pembedahan tersebut. Utih, Nenek, Atuk, Uncle, Along, Angah ngan Acik mendoakan semoga pembedahan ini berjaya ya Alya...
rambut dah pendek :-)
Wednesday, February 3, 2010
BBQ Again
BBQ Again??? humanggggg aihhh..... x jemu ke? hehehe... kalai ni BBQ dgn family members lak... kebetulan Kak Nani balik Melaka... dia cakap nak pegi makan ikan bakar kat Umbai atau Serkam ke.. My Mum kata.. baik kite bakar sendiri.... hehehe... sebab tu le terjadinya kejadian seperti di bawah ni :-) ME penat sungguh last weekend... selain sibuk menyediakan barang2 utk BBQ ni... ME ke hulu ke hilir pegi kemas rumah.... langsir selapisan dah siap pasang dah... ade lagi 2 lapisan langsir yg belum digunting dan dijahit..... huhuhu... LAYANNNNNZZZZ
Venue : Belakang Umah jek
Date: 31.01.2010
Time : 6.00pm till 10.00pm
Attendance : All Mansor's family members :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)



























