Friday, July 29, 2011

Pua Kumbu - Corak/Motif Menggunakan Manik

Pernah dengar corak Pua Kumbu? Kita biasanya akan jumpa corak/motif ni digunapakai oleh kumpulan etnik Sarawak. Berikut ni diserta serba sedikit pengenalan berhubung Pua Kumbu yang di ambil drpd blog ini http://psv07kdri.blogspot.com

Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerah-merahan atau coklat tua. Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm. Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) dalam abad ke-17 sebelum Masihi.

Terima kasih Kak Rina Hisham...
Busana ini digayakan ketika majlis perkahwinan anak saudaranya
Dijahit di atas fabrik mewah sutera :)
kak Rina mahukan corak yang ringkas


1 jenis manik & 3 jenis warna yang digunakan...
Manik yang digunakan ialah jenis square hole
warna yang digunapakai ialah Magenta, Rainbow Orange & Rainbow Turqoise

Wednesday, July 27, 2011

Crystal Swarovski with Billion Beads - Manik Tabur dgn Kristal Swarovski

Alhamdulillah... Semakin menghampiri bulan Ramadhan yang bakal menjelma beberapa hari lagi ni... Bertambah rezeki serba sedikit... Kali ni kite berkongsi gambar dengan design Manik Tabur... Menggunakan 4 jenis dan warna yang berbeza... Tempahan diterima daripada rakan sekerja. Diagayakan ketika majlis perkahwinan anakanda beliau pada 10hb. Julai, 2011 yang lepas. Terima kasih kak Siti Hajar...


Crystal Swarovski with Billion Beads
(sew with Germany Silk)


Crystal Swarovski Diamond Shape 4mm - white colour
Crystal Swarovski Diamond Shape 4mm - black colour
2 Cuts Beads - pink colour
Square Hole Beads - silver pink colour

Monday, July 25, 2011

Manik Bungai Daisy


Tempahan manik ni diterima daripada pelanggan setia... Terima kasih kak Ija :)

Hanoi, Vietnam

Salam sejahtera...

Hampir 3 bulan tidak menulis di blog ini. Mohon maaf kepada yang berkunjung tetapi tiada khabar berita dari sini... Agak kesibukan sedikit :)

Pada 9-12hb Mei, 2011 yang lepas... sempat ke Hanoi, Vietnam. Buat apa di sana? Bisnes trip with my best friend. Kami berdua menjalankan perniagaan sutera dari Vietnam & India buat masa ini. Gambar agak kurang dalam simpanan sendiri kerana banyak di DSLR selain sibuk membeli-belah. Kami pergi dengan penerbangan AK870 Kualau Lumpur-Hanoi menggunakan LCCT Airport to Noi Bai International Airport mengambil masa 3 jam. Sampai di sana kami berdua ke Old Quarters menaiki van dengan bayaran 4 USD seorang.


Hairul beli topi untuk elak panas esoknya.
Bulan May di sana, cuacanya sangat panas.
Elok pergi sana di antara November ke Mac (cuaca sejuk)
Di Old Quartes, Hanoi ni... yang bagusnya setiap jalan
perniagaannya berbeza. Contohnya ini... ialah jalan menjual topi saje
kalau pegi jalan sebelahnya... hanya kasut sahaja
sampai pening dibuatnya (pening nak pilih.... hahaha)


sistem pendawaian elektrik disana agak kelam kabut
sangat menakutkan... huhu


Beg dompet untuk menyimpan syiling... cantikkan
handmade ni... antara yang sempat di beli


English cotton table clothes with handmade embroidery
sangat kagum dengan hasil seni... harganya sedikit mahal


Tengah tunggu bas untuk ke Van Phuc Silk Village, Ha Dong
kat sana, pengangkutan awam yang utama ialah bas
jangan risau, walaupun kesukaran komunikasi,
tapi mereka sangat membantu...

November ini kami berdua akan ke negara China pula. Nantikan kehadiran kain-kain sutera dari sana pula. Berkemungkinan kami akan menjual juga kain cotton. Check it out :)

Tuesday, May 31, 2011

Iphone 4 .:my new media gadjet:.

Just bought a new media gadjet which is Miss Apple ; Iphone 4... Once i've it, never looks behind. Winkkkk (^0^)...
Later will share My Miss Apple here..
Now storytelling & sharing come easier with Ms Apple :)

Thursday, April 28, 2011

Green & Pink :)






Tempahan ni dibuat pada 28/4/2011 yang lepas... Untuk pertunangan adik kawan. Jauh perginya kek ni smp ke Kedah... Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Entry baru nak update sebab roh rajin memblogging sudah sampai... hehehe... TQ Yan :)

Monday, April 25, 2011

.: Happy Birthday:. 25.04.2011

Happy Birthday

Today is someone birthday... I'm wish that I'll be there...

Sunday, April 24, 2011

Big Sandwiches

Hari Ahad dah kan... adehhh!!! banyak betul keje nak disiapkan. Aktiviti jahit menjahit manik2 ni... Baru siap 1 lengan jek... hari ni igtkan nak siapkan semua... Cadang2 nak anto kat tuan dia esok. Harap2 target mencapai le... Stok barang2 bakery pun lom check lagi ni. Rasa yg xde stoknya... Telur ngan baking jek... yang lain2 masih ade banyak lagik... Ade yang order cupcake pulak. Design simple2 saje...syukur alhamdulillah mintak yg simple... senang keje

Kite makan sandwish je la ye utk brunch (breakfast+lunch) ni... Leftover dinner malam tadi masih ade isi2nya tu... Jadi senang cite, double barrel la... Big Sandwiches... Full with vegetables. Lagipun ade sorang niece kat rumah ni suka... Makciknya lagi la suka kan... senang keja... hahaha...

Apesal penuh kat blkg2 sanwich ni ngan segala makanan segera? Glucose pun ada? Perasa blackcurrent pulak tu... Sape yg minum? Tu minuman untuk KOKO... sape tu? Anak kucing yang kat rumah ni. Doktor suruh bagi minum glucose ni, sebab dia x minum susu... kesian, ambik pun masa dia masih kecil sgt2. Tak penah minum susu... Dibuang orang... Alhamdulillah, walaupun dia x brp besar sgt... tapi sihat nampaknya. Pegi ambil injection imunisasi pun dah beberapa kali. :)

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...