Thursday, September 22, 2011

Utusan Raja Sehari

Utusan Raja Sehari ni... adik saya Mohd Safwan & Hafizah... Majlis bakal dilangsungkan esok hari di rumah pengantin perempuan di Bukit Rambai. Berikut adalah aturcara majlis selama 3 hari. Kakak pengantin sangat sibuk ye... tak tau nak cerita dah cmne... yang pasti tengah bertungkus lumus menjahit manik baju nikah bakal adik ipar...

Aturcara majlis:

23hb. September, 2011
  • Majlis nikah selepas solat Asar di Masjid Taman Bukit Rambai
  • Majlis berinai besar di rumah pengantin perempuan jam 8 malam

24hb. September, 2011
  • Majlis persandingan & kenduri jam 11-5 petang di rumah pengantin perempuan
  • Majlis kenduri doa selamat & marhaban di rumah pengantin lelaki selepas solat Isya'
25hb. September, 2011
  • Majlis persandingan dan kenduri jam 11-5 ptg di rumah pengantin lelaki

Tuesday, September 20, 2011

Rehat & Cuti Di Cherating

Kali ni entry agak panjang ye... Kesempatan cuti Hari Malaysia 16-18hb. September, 2011 yang lepas digunakan untuk bercuti-cuti dengan kawan2... sepanjang perjalanan semuanya ok saje... Alhamdulillah :)

Seawal jam 6 pagi telah bangun untuk bersiap....
kita layan gambar sunrise belakang rumah ni dulu
kami seramai 4 orang bergerak dari Melaka jam 8.30am
menaiki Citra Kay


Berhenti sarapan dulu...
Dorang2 ni dari rumah lain
Ade yg makan roti canai... ade yg makan bihun goreng
saya minum je

dengan Kak Yati... dia dtg dari Shah Alam malam sebelum tu
tido rumah Kay & Uda
Kami gerak lambat pagi tu sebab
anak2 kucing kat rumah depa ni demam & selsema


Pilot & Co-Pilot
Kat lebuhraya LPT


Bayar TOL ye... x ingat tol mende ni....



Yeay... 17km lagi nak sampai tempat yang dituju... Gumbira


Sampai2 je kat Cherating... kami borong SATAR
Kat sana memang tempatnya la...
banyak sangat benda alah ni serta KEROPOK LEKOR
Kami dah mcm ape je... Beli x hengat... kiki


Pergi Kemaman terus lepak rumah KAK YAT...
gambar tuan rumah x sempat nak amek pasal
tuan umah tengah sibuk masak masa tu...
kami datang terus lepak2 & makan jek
kesian dia
Petang tu kami hanya lepak2 di Kemaman
rumah kak Yat best sangat sebab rumah kampung
sejuk jek



Kami menginap di sini sepanjang percutian



Malamnya.... kami lepaking saje di bilik
seronok tinggal di Banglo ni
sempat menjahit manik juga di sana


Pemandangan daripada depan rumah banglo kami
(ayat x bleh blah... hehehe)
Memang cantik... buka je langsir pintu sliding... boleh tgk ni
Nyaman...



Balik daripada breakfast tu... Kak Yat & saya nak berendam kat sini
masih awal pagi lagi ni... orang pun x berapa ada lagi


Skodeng laut depan kolam lak.... woweeee
x sabar mau terjun :D


Muka baru lepas bekpes


Layan sunrise


dgn Uda... nk pegi mkn tghr...



Makan banyak ikan....
sedappp....


kedai makan tu sebelah sungai Kemaman


Sayup2 je pemandangan sini... seronok :)


Makan cendol kat sini... sedap... sebelah ngan RHB Bank


Layan Sunrise lagi... hari terakhir sblm berangkat pulang :)


Pegi tengok penyu dulu....
Beria2 pegi sini slps smlmnya akak tu tutup pagar... hehehe
Kami sampai je, dia pun tutup... sedih betullll


Penyu yang kecil lagi :)


Balikkkkk.... Selamat tinggal Pahang :)


opsss!!! sblm balik tu beli kepok lekor kat Delima


Kami singgah di Cheras sblm balik Melaka
Uda tgh sibuk shopping :)

Sunday, September 18, 2011

Sarapan Pagi Di Cherating

Assalamualaikum... Sarapan Di Mana? Dah macam tajuk rancangan TV jeee... :) Kali ni perkongsian cerita jalan-jalan & makan-makan, kita ke Cherating, Pahang Darul Makmur.... Memandangkan percutian ke sana hanya selama 3 hari... maka sarapan pagi yang sempat di makan ialah sebanyak 2 kali sahaja. Kami memilih makan sarapan pagi berdekatan dengan tempat penginapan. Jom kite SERBU...


Lokasi kedai makan ialah bersebelahan dengan Petronas Cherating


Nasi Dagang Ikan Aye serta telur mata & ayam panggang
harus makan ye makanan ni... sedappp!!!


Nasi lemak beserta ayam panggang
(sambal kurang memnuhi citarasa :D)


Nasi Kerabu & Ayam Panggang
menu harus cuba!!! SEDAP!!!


nama restoran x tau pasal kami makan saje
menu semua best2...
ayam panggang yang paling best
mengikut kata makcik kedai tu, ayam yang dipanggang
hanyalah sebanyak 100 keping sahaja utk sehari
maka... sapa cepat dia dapat... :)

Friday, September 16, 2011

Bercuti ke Cherating & Kemaman


Berehat sebentar & lari daripada kesibukan kerja serta belajar... maka pada cuti umum hari Malaysia 16-18hb. September, 2011 saya dan kawan2 telah pergi bercuti. Kali ni pilihan cuti2 ialah ke Cherating & Kemaman. Kami telah menginap di The Legend Resort Cherating selama percutian tersebut. Hati sangat gembira kerana telah berjaya berehat sebentar setelah sibuk sekian lama. Akan datang saya akan kongsi mengenai percutian tersebut ye. Untuk kali ni, hanya ada gambar tiket tol LPT ni sahaja... hehehe....
MODE: Apa la yang bikin sibuk sangat tahun ni... haihhh!!! Sabar la hati, otak, badan... huhu

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...