Tuesday, November 29, 2011

Backpackers For A Week

Hampir selesai packing barang2 utk travel kali ni. Pergi x lama, seminggu je. Ada misi lain selain daripada jalan2 tengok tempat orang. Ada kerja part time di sana. Petang ni akan gerak ke KL. Saya suka dengan 2 beg ini... Pegi ni masuk semua barang termasuk Camel Active ni dalam Deuter. Nanti balik baru bawa 2 beg :)

~published by iPhone~

Monday, November 28, 2011

Stok Makanan Kering Utk Percutian

Hari ini cuma lepak2 je kat rumah. Kemas sikit2 luggage. Mungkin kejap2 lagi nak blk rumah sndr. Kalau ke luar negara, antara makanan kering yg dibawa bersama ialah mee segera, biskut, coklat & lain2. Kali ni pilihan kami utk dibawa bersama ialah Sajimee & Mamee Slurp, kopi-o Hai Peng, Ayam Brand baked beans, Lady's Choice mayonis, coklat Hershey's & Cloud 9, Armella hazelnut cream with cocoa, sup krim cendawan Camobell's, Munchy's oat krunch hazelnut dan juga Nestle Nesvita cereal with choclate. Ni semua gambar stok utk 6 hari kat sana kami berdua. Gaya mcm nak duduk sebulan kat sana... Hehe... Mknan kering ni penting utk kita sbb kat sana nti x tau lagi keadaannya mcm mana. Lagipun biasanya kami hanya ambil mknan berat sehari sekali je. Untuk sarapan & mkn malam memang ambil yg ringan saje. Lagipun berjalan2 masa musim sejuk ni cepat rasa lapar. Hehe... Sekian untuk perkongsian :)

~published by iPhone~

Sunday, November 27, 2011

Hari Ke-2 Bercuti

Hari ini bangun seawal 4.00am spt entry di bawah ni. Kemas bag sikit pastu kemas umah. Mak hari ni x sihat, x boleh bangun tadi. Terkejut tgk mak mcm tu. Dah seminggu dia x makan nasi. Dr ckp kurang tenaga. Sehingga tengahari ni... Aktiviti ialah kemas dapur, sibuk masak utk mak. Skrg ni baru pas makan kat food court Tesco lepas beli barang utk rumah mak bulan ni. Barang2 kering mmg beli sebulan sekali. Bill kali ni sebanyak RM336.75... Walawehhh!!! Lom termasuk dgn brg2 peribadi utk travel kali ni. Huhu... Menu tghr ni ialah Chicken Mushroom Sizzling Yee Mee

~published by iPhone~

Packing @ 4:00am

Woke up @ 4:00am and packing my stuff for travelling & vacation while doing some notes & lists. For those who are travelling, I'm suggest to do a stuff lists. Especially if wanna go to outside from our country. Till then... :)
(Just love my luggage there )

~published by iPhone~

Saturday, November 26, 2011

Bercuti Selama 11 Hari

Alhamdulillah... Saya akan bercuti selama 11 hari bermula pada 26/11-6/12... Hanya DIA saje yg mengetahui betapa gembiranya hati ni sebab boleh bercuti lama. Weeehhhhaaaa... Kemungkinan kali ni cuti akan keluar sekali lagi drpd negara kita yg tercibta ni. Kredit gambar Jalur Gemilang yg diambil oleh sahabat baik saya di Dataran Merdeka ini. Terima kasih ye Hairul :)

~published by iPhone~

Hari Pertama Cuti ~ Melaka-KL-Seremban-Melaka

Yeay... Cuti hari ni dihabiskan pergi urusan kerja juga, tapi kerja part time. Seawal pagi ke Jln Kenanga, KL sebab beli stok baru untuk butik kak ipar. Otw tu singgah Nilai, smpt bfast nasi lemak ngan dak kepoh ni. Pastu pegi anto cheese tart kat Yayasan Selangor, Kg Baru; dak Apis order. Balik dgn jln yg jam gilosss singgah ke Alson Klana Resort, Seremban lak amek Angah. Adoiii.... Rehat2... Kami pegi Pak Hailam kat Tesco Senawang makan nasi ayam. Balik sampai Melaka terus p butik anto barang semua. Sekarang ni sangat letih yeee... Huhuhu

~published by iPhone~


Plus Highway Melaka to KL

Alya tgh befast kat Hentian Rehat Nilai (arah utara)
makan nasi lemak power kedai ujung
ni port bfast pagi2 everytime kalau p mesyuarat kat KL
sebab akan klua pagi2 dari Melaka... so singgah sini


Pak Hailam Cafe
(Nasi ayam biasa2 je... ayam x sedap keras macam dah goreng 5 jam lepas)


time for chocolate M&M


Hantar tempahan cheesecake ni kat kawan
dia ada kelas kat Yayasan Selangor, Kg Baru
errkkk!!! bila nak abes wehhh
org dah grad lama... kikiki

Friday, November 25, 2011

iPhonetography

Sejak menggunakan gajet media yg baru ni, Cik DV3 HP mmg jarang bertugas ye. Amek gambo pun pakai tepon ni je. Waima update blog sekalipun mmg pakai tepon gak. Huhu... Mlm ni kite kongsi sikit 3 keping gambar drpd my handphone. Perlu perbaiki lagi skill :)

~published by iPhone~

Thursday, November 24, 2011

Blueberry Cheese Tart

Tempahan drpd kawan di KL utk majlis makan2 kat rumah dia ujung minggu ni. Kalau semalam kite buat crust nya, hari ni buat cheese pulak. Ada lebihan sikit tart ni, igt nak ngap masuk mulut je. Hehehe... Lama gak x mkn benda alah ni :)

~published by iPhone~

Bila Cik Elba Memanaskan Badan

Weeehhhaaa... Dah agak lama Cik Elba tidak bekerja atau dgn nama lain dok melepak saja... Malam ni kita suruh dia kerja keras ye. Panaskan badan je wat tart crust. Ade kawan dari KL order utk majlis makan2 weekend ni 

~published by iPhone~

Wednesday, November 23, 2011

Expired Fire Extinguisher

Selalu nampak ini? Benda ni selalu kite tengok, tapi selalu tak kite check bila tarikh expired??? Huhuhu... Tengok ni! Dah 2 tahun tarikh luputnya... Ermmm 

~published by iPhone~

Tuesday, November 22, 2011

Kerabu Tomato

Ni bukan menu hari ni ye... Bila punya x hengat dah. Tapi memang best mkn ni sebab yg lembik2 bijinya tu dah buang. Kena ada rasa masam masin manis pedas sikit. Masa kenduri adik ari tu pun ade buat jugak ni. Sekejapan dah abesss!!! Makcik2 jiran ni ade minta resipi. Hehe...

~published by iPhone~

Kenduri Kahwin

Kisahnya dah lama... 23-25 September, 2011 yang lepas. Cari punya cari, hanya ni je gambar yg ada dlm phone. Yg lain semua dah transfer ke lappy. Tapi yg ni pun boleh la. Skrg ni my DV3 HP jarang sgt bekerja. Ade 1/2 tahun kot dok relax, kdg2 je keje. Sejak ade new gadjet ni, lupa langsung kpd khidmat dia. Hehe... Gambar sikit2 je la ye. Ni pun masa bersanding. X dan nak amek byk sgt, maklum saje... Sibuk org tgh ramai masa tu. Sekadar utk kenangan 

~published by iPhone~

Monday, November 21, 2011

Keropok Lekor Delima, Kemaman Terengganu

Malam ni perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA antara Malaysia & Indon. Sejak seminggu yg lepas, hebat diperkatakan isu ini. Isu kurangnya ketamadunan rakyat2 negara jiran serumpun itu apabila dengan sengaja tidak menghormati kita sebagai lawannya sehinggakan pemain2 Harimau Muda terpaksa menaiki kereta kebal selepas perlawanan separuh akhir yg telah dimenangi oleh Malaysia bagi jaminan keselamatan. Panjang lebar pulak cerita ketidakpuasan hati ni kan. Huhuhu...

Keropok Lekor Delima, Kemaman Terengganu ni dibawakan khas oleh Kak Yat semalam masa dia gerak ke sini. Kalau ikut kata dia, keropok ni la yg paling sedap sekali. Masa cuti2 ke Cherating baru2 ni pun ada dah makan. Sedap dan lembut. Jom tengok bola sambil makan kepok :)

~published by iPhone~

Sarapan Asam Laksa di Limbongan, Melaka

Asam laksa yg plg best utk bfast & memenuhi citarasa ialah di kedai Che Yah, Limbongan berhadapan dgn hotel Famosa. Kena minum dgn air panas jadi lg best. Kite pilih kopi o' ye :)

~published by iPhone~

Sunday, November 20, 2011

Makanan Habis??? Tetamu Tengah Ramai ni....

Musim2 cuti sekolah ni banyak betul kenduri kendara. Kepada pemilik2 katering yg dah diberi kepercayaan sepenuhnya oleh tuan rumah, harao dpt laksanakan tanggungjawab sepenuhnya. Kesian tuan rumah... Hal2 mcm ni la yg perlu dielakkan. Kalau rasa kekurangan sumber manusia untuk tenaga kerja, jangan la tamak sangat ye. Jaga la maruah tuan rumah, jgn ambil kesempatan pulak.

Mcm beremosi je kan luahan perasaan ni... Hehehe... Bkn ape, sempat pegi kenduri kawin tadi. Kawan kawenkan anak dia. Masa kami sampai jam 2 petang tu... Lauk semua dah abesss!!! Apaaa??? Yang ada, nasi dengan air mineral botol berkapasiti 500ml. Orang masih ramai lagi datang memeriahkan majlis ni. Tak mahu merungsingkan tuan rumah yg tgh kelam kabut tepon caterer tu, kami duduk bersembang2 je tanpa sedikit pun menyentuh hal ini (makanan abes, tetamu belum abes datang). Kepada kawan kami tu... Semoga tabah ye :)

~published by iPhone~


Zana, Kak Yat & Uda
seharian lepak ngan dorang & Kay
sebelum dorang boarding to South Korea



Cantik pelamin ni

Saturday, November 19, 2011

Lace Beading ~ Traditional Vietnamese Silk

Ini adalah antara manik yang dijahit kat baju pelanggan. Suka menjahit atas material kain ini. Ini juga salah satu contoh kain sutera vietnam yg dijahit dengan sulaman lace & manik. Pelbagai teknik jahitan manik boleh dijahit atas lace yg sediada designnya. Terima kasih Uda; sahabat baik saya.

~published by iPhone~

Beef Lasagne & Mushroom Soup from Secret Recipe

Kalau ke Secret Recipe, antara makanan kesukaan ialah Beef Lasagne & Mushroom Soup. Yummy... Gambar ni dah lama, tapi baru sempat edit & nak cerita utk label makan2. Kebanyakan cafe Secret Recipe rasa bagi kedua2 menu ni lebih kurang. Mereka menjaga kualiti rasa.

~published by iPhone~

Nasi Dagang

Alhamdulillah... Dapat makan nasi dagang beras merah ni walaupun masih demam, batuk, selsema, ulser & tonsil. Huhuhu... Byk pakej kali ni. Sekarang ni senang sikit nak makan nasi beras merah ni, x yah dah tunggu ada kawan balik Kelantan ke sebabnya kat pasar besar sini ada makcik tu jual. Cumanya harga mahal sikit ye. 1kg beras ni harganya RM10. Masak nasi dagang ni senang je. Lagi pulak dgn kemudahan pengukus elektrik skrg kan. Ini pun masak dlm kukus periuk nasi elektrik. Lauknya cuma acar rampai ni serta gulai ikan aye/tongkol.

Tips untuk dapat makan dlm masa 1 jam ialah:-
1. Rendam siap2 beras ni sblm tdo mlm tu. (Biasa tdo jam 12)
2. Lepas subuh sblm nak p pasar tu, mayang dulu bawang merah kecil, bawang putih, halia. Kluakan siap2 rempah ikan & halba. Kukus nasi beras merah, pastu leh p pasar.
3. Balik dari pasar, siang ikan... Buang perut bagai & kerat2 pastu rebus dgn asam gelugoq/keping.
4. Perah santan, letak garam, bawang, halia, halba, gula. Gaul dgn nasi yg dah kukus. Pastu kukus sekali lagi.
5. Tumis bahan2 utk gulai ikan serta rempah. Masuk santan biar api kecil.
6. Sediakan bahan acar rampai. Kali ni mayang bawang besar & cili besar, hiris panjang buang biji timun & lobak merah, nenas buang mata & hiris. Perasakan dgn garam & gula. Ada yg suka letak cuka. Letak dlm peti ais utk peram seketika.
7. Bila santan dah pecah minyak, boleh masuk ikan & air rebusan tadi. Biar perlahan sampai rempah kembang. Masuk la ape yg suka. Tadi kami letak cili besar hijau, bendi, cili padi sebiji2. Perasa garam, gula, asam. Letak gula melaka/nisan.
8. SIAP!!!

~published by iPhone~

Friday, November 18, 2011

Birthday Present

Alhamdulillah... TQ Nationwide for safely courier my birthday present. The fragile scale was claimed from Bonuslink as my birthday present.

~published by iPhone~

Posto Posto

Semalam sempat hantar barang2 yg dipesan ni. Minta maaf la kpd tuannya sebab sempat htr yg tu je dgn keadaan yg tergesa2. Tadi tuannya dah SMS bgtau barang2 dah selamat sampai. Alhamdulillah... TQ Poslaju

Dr Mohd Fariq Usof - Klinik Pergigian Peringgit

Penghargaan & ucapan terima kasih ini diberikan kepada Dr Mohd Fariq Usof & rakan2 sekerjanya jururawat2 dlm bilik Dr sebab telah berjaya melakukan pembedahan kecil ke atas gusi yg telah sakit sejak seminggu yang lepas. Alhamdulillah...

Pagi tadi setelah hampir seminggu tak lena tidur & memikirkan kurang sibuk dengan kerja, maka berjaya jejakkan kaki seawal jam 7.15 pagi dengan memakai baju kerja (kerana pagi ni ada mesyuarat dengan PPK UPP1, CPPT di Melaka Tengah) di Klinik Pergigian Peringgit walaupun pada hakikatnya waktu operasi hanya akan berjalan pada jam 8.00 pagi (kes tak tahu jam berapa operasi klinik bermula... Huhuhu). Dalam masa menunggu masih sempat lagi menelefon rakan2 sekerja yang lain & wakil yang hadir memastikan semua berada dalam keadaan & situasi yang dirancang sebelum ini.

Terima kasih sekali lagi kepada Dr Mohd Fariq Usof & jururawat2 daripada Klinik Pergigian Peringgit kerana telah berjaya membuang geraham bongsu yang telah mengalami trauma sehingga berlakunya ulser di gusi.

~published by iPhone~

Thursday, November 17, 2011

Makanan Orang Sakit Gusi

Gusi masih sakit... Makan bubur je :(

~published by iPhone~

Wednesday, November 16, 2011

Geraham Bongsu

Bila gusi sakit geraham bongsu nak tumbuh... Makanan lembut2 sbg alas perut je la yg boleh masuk sebab mulut pun tak boleh nak nganga besar. Kalau boleh nak minum air yg mengenyangkan je x yah makan2 ni. Menu semalam ialah benda alah ni... Bersambung ke menu sarapan pagi ni. Bila la geraham ni nak klua penuh agaknya. Ade 1 tu dah 4 tahun lebih. Ade 1 lagi belah kanan bawah dah 7 tahun lebih x abes lagi. Lagi 2 geraham lom klua2... :((

~published by iPhone~

Tuesday, November 15, 2011

Made in England

Semasa pergi melaksanakan tugas hakiki di sebuah sekolah, hati sangat sebal bila melihat deretan ragum meja ini terbiar di kaki lima bangunan bengkel. Ragum yang kelihatan dalam keadaan baik dan sempurna ini dipercayai mahal harganya berdasarkan besi padat dan import dari luar negara. Ragum2 tersebut dibiarkan tanpa digunakan di sederetan 2 tingkat bangunan bengkel tersebut. Kepada pihak2 yang terlibat seperti pihak sekolah sendiri, Jabatan Pelajaran & Kementerian Pelajaran... Sila la fikirkan alternatif lain sekiranya mahukan tiada pembaziran berlaku. Jika tiada tempat untuk diletakkan alatan ini, sila sediakan bengkel yang bersesuaian.

~published by iPhone~

Cinta Kontrak ~ Nurul Ain Syuhada

Novel ni dah abes baca semalam. Genre penulisan yg agak kelam kabut & kdg2 ilang logiknya pada satu2 keadaan. Agak membosankan sehingga melangkau2 bacaan berperenggan2 untuk satu2 ketika. Apa2 pun, semoga penulis dpt menghasilkan karya lebih bagus di masa hadapan. Semoga berjaya :)

~published by iPhone~

Sunday, November 13, 2011

Sate Kg Jawa, Melaka

Kalau memang anak jati Melaka & membesar di bandaraya ni, mesti tau sate Kg Jawa. Letaknya di Jalan Jawa bersebelahan Jalan Bunga Raya. Hanya lorong kecil sahaja & kedai ini di penghujung jln mati. Kg Jawa ni mmg terkenal satu masa dulu kerana bekas pasar & stesen bas di situ (zaman belum merdeka lg). Namanya Kg Jawa tapi rata2 disitu penghuninya ialah kaum Cina. Mungkin kebanyakan penduduk terdahulu telah menjual tanah2 mereka kpd org lain. Apa yg best tentang sate ni ialah pelbagai jenis & rasanya. Dibuka seawal jam 11 pagi.

~published by iPhone~

Saturday, November 12, 2011

Jalan2 beli & kumpul fridge magnet

Bila sesekali jalan2 kat Jonker Walk tu... Boleh amek kesempatan beli fridge magnet utk koleksi sendiri. Lagipun beli yg mana xde. Yg dah ade x yah beli dah. Tapi selalu gak ilang benda alah ni oleh kerana rumah tu buat homestay. Kadang2 penyewa amek tp x pasan. Huhu... Skrg ni mana yg sayang & koleksi terhad simpan. :)

~published by iPhone~

Manik 3D ~ Bunga Matahari Merah

Lepas balik jln2 smlm, smp rumah dah jam 12.30 tgh mlm. Sempat p makan asam pedas power kat Perigi Hang Li Po & ngeteh kat Old Town. Smlm masa pegi Jonker Walk, nampak dah ada Hard Rock Cafe... Waaaa... Pas ni nak masuk situ la.

Bunga matahari merah 3D ni, siap jam 0325am... Walawehhhh... Sakit mata tau manik byk2 kale ni. Hehe... Might be kalau sempat akan buat tutorial step by step cmne nak buat ni. Kita layan dulu je la gambarnya. Jahit atas material kain yg best utk sorang Datin. Huhuhu... Dia mahu glammmm ye... Jenuh perah otak ni. :)

~published by iPhone~

Popia Basah Limbongan

Sarapan dimana??? Hari ni kita mkn popia basah kat kedai Mak Yah, Limbongan. Sangat sedap popia ni. Harganya cuma RM1 utk sebiji besauuu ni. Yummy :)

~published by iPhone~

Friday, November 11, 2011

Stadhuys Melaka

Jom jalan2 kat sini... Bawa my sis & BIL sebab dorang x tau jln :)

~published by iPhone~

11.11.11 ~ Jalan2 Di Jonker Walk

Malam ni kita jalan2 di Jonker Walk dgn kakak & keluarga tengok bina badan dunia... Layan

~published by iPhone~

Cinta... Tiada Akhirnya ~ Fauziah Ashaari

Berkongsi salah satu aktiviti kesukaan di waktu2 senggang... Novel Melayu. Kini dah semakin ramai novelis dan publisher. Jadi sebagai pembaca kita boleh pelbagaikan pilihan. Mempunyai mini perpustakaan sendiri amatlah menyenangkan hati. Bukan sekadar buku2 ilmiah yang menghuni gerobok2 tersebut, malahan novel serta makalah lain juga sudi tinggal di situ.

Sebentar tadi telah terbaca blog cikgu Jaja di http://jajazack.blogspot.com yang teringin sgt memiliki novel tulisan Fauziah Ashaari kesinambungan daripada cerita yang hangat satu masa dulu iaitu Ombak Rindu. Malahan naskah tersebut telahpun dibikinkan filem dan bakal menemui penonton di layar perak sedikit masa lagi. Watak utama dalam novel ini ialah Hariz, Izzah & Mila.

Untuk novel Cinta... Tiada Akhirnya ini, telah dimiliki pada 13.03.2010 yang mana ianya kompilasi 2 novel sekali iaitu berserta sekali dengan Duri. Harganya cuma RM18.50 yang dibeli di kedai buku Popular, Jusco Ayer Keroh. Sangat berbaloi memiliki 2 novel dengan harga yang murah. Kalau cikgu Jaja nak pinjam, boleh la datang ke Melaka... Hehehe

~published by iPhone~


Wednesday, November 9, 2011

Sunset Just Now

Syukur Alhamdulillah... Masih dapat menikmati keindahan Ilahi ciptaanNYA... Suka sgt dgn awan, matahari terbit & terbenam. Lokasi di depan rumah je ni :)



Lokasi: Depan rumah
Tarikh: 9.11.2011

9.11.11 - Kitten 1st Month Birthday

Hepi besday to them... Yg ni namanya Balotelli. Nama asal pemain bola sepak Itali yg skrg ni main kat kelab Manchester City iaitu Mario Balotelli... Adik beradik dia yg lain x sempat nak snap pic pasal ligat sgt. Dorg skrg ni dah pandai main2, lompat2 & panjat2... Hari ni nak bagi dorg makan mknan pejal sebab Dr ckp dah boleh bagiasa umo sebulan :)


Tuesday, November 8, 2011

HOT RED

Compress my heart & feels for a new coming project with a very glamourous design... So hot red :)

Monday, November 7, 2011

Ngeteh

Ngeteh ngan dak godang ni... Muahaha... Dia dah sebat mcm2 mknan ngan minuman. Kali ni dia hepi wo blk Melaka pasal lama & dia leh ngeteh mlm2... Kikiki

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha 1432H - 6.11.11

Salam Aidiladha... Pada tahun ini Aidiladha jatuh pada tarikh hari lahir kak Nani. Hepi besday!!!

Sempena Aidiladha ni juga, terima 2 tempahan kek coklat. Yg ada love besar tu utk kak Finaz (kak ipar Reza)... Manakala yg lg 1 tu utk kak Nani...

Kek besday Kak Nani



Kek besday yg kak Finaz tempah

Pagi2 raya tu bangun & sediakan kuah lontong serta sambal tumis. Tahun ni Angah buat korban, jadinya byk betul daging kat rumah. Kami masak ketupat nasi daun kelapa juga. Selain tu ada rendang & lemang. Mcm raya2 sblm ni, lemang kat rumah ni amek kat Rembau. Abg ipar balik Rembau sebelum raya. Dorang mmg buat lemang setiap kali raya & puasa.

Sesi mengisi beras dalam ketupat


Ketupat dah siap rebus
(rebus dalam pressure cooker je... sejam)


Lontong, sambal tumis, rendang & lemang


Raya kali ni juga seronok sbb semua adik beradik ada serta rakan2 yg x balik beraya. Inah, kwn masa sekolah rendah dulu sambung belajar di Institut Perguruan Melayu Melaka. Kesian pulak dorang tu x balik beraya. Tu yg bawa dorg dtg rumah.


Tengah sarapan & makan kek :)



Mak su & Alya



Inah & rakan2

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...