Sunday, August 22, 2010

Nasi Kerabu

Alhamdulillah... kita selamat sudah menjalani puasa di bulan Ramadhan ini hari yang ke 12 hari ni... Nasi kerabu ni adalah menu berbuka semalam iaitu puasa hari ke 11... cuma lambat sikit updatenya... kesibukan menjahit manik2 comel untuk baju2 pelanggan... hihihi... Nasi Kerabu masakan sendiri daripada dapur rumah yang comel itu... berkongsi makanan bersama2 dengan seluruh kaum keluarga seramai 16 orang, kecuali adinda yang skrg praktikal jururawat di hospital Jitra dan juga kekenada 3 beranak di Cheras Perdana... x pe, nanti kite makan besar ye sebelum raya. Gambar kaum keluarga semua tak sempat nak amek la, sebab kelam kabut ngan anak2 sedara yg ramai itu... :-)

Nasi Kerabu

Ada pelbagai lauk pauk yang sempat dibuat/dimasak sendirian berhad... Penat juga masak bermacam2 jenis lauk ni kan. Mujurnya sesekali je memasak... Ade lauk ayam percik, ikan selar goreng celup tepung, telur itik masin, keropok ikan, solok lada, sambal tumis, sambal kelapa ikan, satar ikan, sayur mayur.... aikkk!!! mana pegi budu dengan air lada???

Nasi Kerabu

haaa... yang ni baru ade air lada dgn budu :-)
jom tengok segala macam lauk pauknya satu persatu
gambar nasi sahaja tak sempat amek... kelam kabut
dengan adik beradik dan anak2 buah yg ramai tu
mana yang sempat je amek gambo ni :-)

Ikan Selar Kuning Goreng Celup Tepung

disebabkan kat pasar masa beli tu xde jual selar kuning yg kecik,
jumpa selar yg besar ni je... terpaksa jugak la beli
daripada x de kan, elok la beli...
besar pun besar la... balik kite operate dia kasi kecik
hahahaha

Budu Cap Orang Kampung

Jauh import budu ni... dari kelantan
memang kirim dengan kawan masa dia balik kampung
stok budu kat rumah ni mmg la x penah surut
sentiasa ade jek...
budu ni sangat sedap la... terasa keenakan ikan bilisnya :-)


Air Lada

stok air lada dah abes... maka buat la sendiri.
Tumbuk cili x berapa lumat, letak cuka dan air sikit
jadik la kan... janji ade:-)

Telur Itik Masin

Kali ni sangat berpuas hati dengan telur itik ni
cantik berseri telur kale oren nya itu
pastu besar lak tu... sekata je semuanya

Keropok Ikan Parang

haaa... amek la... 1 besen gorengnya... maklumlah, keluarga besar
anak2 sedara semalam je dah 8 org
semua kecik2 belaka...
ni kegemaran dorang la ni kan

Sambal Kelapa Ikan

suka betul dengan kelapa ikan yang manis2 sket ni
cara masakan sedikit berbeza la dgn serunding ikan
yang biasa buat tu... yang ini kena goreng sket kelapanya

Satar Ikan

ketidak profesionalan terserlah... ade bungkus kecik, ade yg besau
boleh le tu kan... janji jadi bendanyanya... muahaha

Solok Lada

Walaupun xde lada ijau yang kale ijau muda tu kan,
jadik le pakai yg kale ijau pekat ni...
sedap ni... 1 sudu kecil je letak tepung jagung
nak bagi lekat jek

Ayam Percik

Ayam percik ni baru je lepas bakar... yang ni je Bonda
dengan Ayahanda bekerjasama membuatnya.
Siaplah membakar dengan arang.
Tak sempat nak amek gambau dah curah kuah
sedapnya... terasa hingga kini :-)

Saturday, August 21, 2010

Manik Mutiara Bunga Kecil

Satu lagi tempahan manik yang telah disiapkan, cuma lambat posting je... hehehe... macam kekangan waktu je tau... Tapi cuba juga la sedaya upaya membahagi2kan... Sementara tunggu subuh nak masuk ni, sempat le beberapa entry kan... :D

Manik Mutiara Bunga Kecil

Temapahan ini diterima daripada pelanggan tetap iaitu
Kak Effliza
terima kasih ye kak, semoga raya tahun ni ceria
mengenakan baju pink akak ni
cantik baju ni, corak abstrak

Manik pintal di kedua2 hujungnya ini sebab corak2 abstrak tu
mula2 tambah bunga kecil2 tu je
tapi tuan punya baju mintak tambah mutiara besar
ermmm... nampak penuh sekali design ini :-)

Tak Sengaja... :(

Selepas sahur semalam sementara nak tunggu Subuh masuk... Sempat menjahit manik lagi sepasang untuk pelanggan ni... Ntah macam mana la... tercucuk lak jari sendiri... kelam kabut jugak masa tu... tapi sempat amek gamba utk kenangan... hehehe... dah tak sakit pun, kecederaan kecil je, cuma bekas cucukan itu terasa pepedih jek...

hehehe...
yang kena jari telunjuk... pelik gak le
biasa kena jari2 lain... tapi nak buat cemane kan...
redha je la... nak siapkan cepat baju2 pelanggan ni...
nanti boleh buat keje lain lak...

tengok dekat sikit... haaaa
padan muka... terus segar bugar lepas tu matanya... :D

Friday, August 20, 2010

Makanan Sejuk Beku << Buat Sendiri >>

Diam2 dah nak 10 hari kite menjalani ibadah puasa... Alhamdulillah... masih diberi kesempatan ini. Puasa2 macam ni sesuai sangat buat makanan yang boleh dibekukan... sempat jugak buat benda2 ni... lagipun buatnya senang2 je... mana la mampu nak buat yang susah2 macam kuih yg kukus2 tu kan... hehehe... jom skodeng

Popia

ni senang kan buat, kulit beli jek...
dalam masa 30 minit leh dapat banyak... Lumayan
inti senang je ni
isi ayam hiris halus, lobak & timun parut panjang,
daun bawang, daun sup, bawang cincang dan garam
semua tu tak payah nak masak pun...
gaul semua dan gulung

roti/ karipap sardin

ini pun senang sangat buatnya... hanya perlu roti kepingan,
ikan sardin, bawang besar, daun sup, liamu nipis,
cili besar cincang dan mayonis
tak payah pakai kulit karipap pun... pakai roti je :D

Roti Sosej

haa... ini lagi la senangnya... hanya perlu sosej, kepingan roti
dengan kulit popia. Dalam masa 10 minit dapat buat 6 ketul.
Tadi sebelum pegi keje sempat buat ni... start potong sosej
jam dah pukul 6.50... siap sume simpan barang dan pegi
kereta start enjin, jam kul 7.00 pagi ade berita kat radio.. hihi

Manik Tabur

Sempat juga menyiapkan projek manik2 ni kan... kena la bahagi2kan masa2 dengan sewajarnya... pening dok fikir2 nak design cemane baju ni. Makanya dah cakap dengan tuan punya baju buat manik takur ikut warna baju/warna bunga. Corak baju ini ialah abstrak... senang juga kalau macam ni kan. Cuma nak menjahit manik tabur ni agak mengambil masa yang panjang... :-)

siap dah...

pandangan sisi manik2 ni :-)

Friday, August 13, 2010

Nasi Ambeng & Resipi

Salam Ramadhan 1431 Hijrah... Berjumpa lagi kite dengan bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan segala amal kite dipermudahkan dan diterima... Amin... Awal Ramadhan ini, mengambil kesempatan bercuti sejak 1 Ramadhan... 6 Ramadhan baru memulakan kerja semula. Kesempatan cuti digunakan untuk mentelaah pelajaran yang mana Sabtu ini 14/82010 akan ade peperiksaan. Selain itu mencuri2 masa sedikit untuk memasak2 juadah berbuka puasa. Nasi Ambeng merupakan juadah yang sangat tersohor dikalangan masyarakat Jawa untuk majlis-majlis keraian dan juga kenduri kendara. Kali ini dikongsikan serba sedikit untuk rujukan diri sendiri dan kawan2 :-)

Nasi Ambeng

Antara sebahagian lauk-pauk yang dimakan bersama nasi.
Cara hidangannya adalah menggunakan daun pisang.
Oleh kerana kekangan waktu, maka tak sempat la nak demo.
Ini nasi ambeng yang x berapa nak jawa la, sebabnya
tak ada rempeyek yg dimakan bersama nasi

Tempe, Suun, Tauhu Kicap

Tak tahu ape nama masakan ini, tetapi salah satu hidangan wajib la ni

Bahan2:-

  • 2 keping tempe (yg 4 segi besar tu)
  • 100g suun
  • 2 keping tauhu
  • 2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili besar hijau
  • 10 biji cili padi ketuk
  • kicap manis
Cara membuatnya:-
  1. tempe dan tauhu dipotong kecil dan goreng garing. kalau suka boleh letak kentang juga.
  2. tumis bawang besar, bawang putih, cili besar dan cili padi ketuk. masukkan suun, gula, kicap manis dan garam. kemudian masukkan pula bahan2 yg digoreng garing tadi.

Ayam Masak Kicap Pekat

kongsi juga resipi ayam masak kicap pekat ni... rindu2 boleh buat

Bahan2:-
  • 500g ayam yg dipotong kecil dan digoreng ( x payah garing2)
  • 2 labu bawang besar
  • 2 biji cili hijau
  • 5 biji cili padi ketuk (saje suka pedas)
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • sejemput asam jawa (bancuh dengan 1/2 cawan air)
  • kicap
  • 1 sudu makan tepung jagung dibancuh bersama 3 sudu air
  • gula & garam
Cara2 masaka:-
  1. tumis semua bawang, cili dan halia sampai layu. masukkan pula air asam jawa, garam, gula dan kicap. biar sampai mendididih, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. kemudian masukkan pula ayam yg dah siap goreng.

Ikan Masin Bulu Ayam


Mee Goreng

ini pula mee goreng yang ringkas... :-)

Bahan2 :-
  • 1/2 bungkus mee kuning (250g)
  • 1 labu bawang besar yg x berapa nak besar sgt... hehe
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 keping dada ayam yang dipotong kecil2
  • 4 sudu cili kisar
  • 3 sudu makan udang kering
  • 1 biji telur
  • kicap, sos tomato dan sos cili
  • taugeh
  • daun bawang dan daun sup
Cara2 memasaknya :-
  1. Bawang besar, bawang putih & udang kering ditumbuk. Kemudian tumiskan.
  2. Masukkan pula cili kisar. Bila dah garing, masukkan dada ayam yang dipotong kecil2.
  3. Cuci bersih mee dan masuk dalam kuali dan kacau sampai masak, pecahkan telur dan masak lagi sehingga sebati. Masukkan garam, sos & kicap.
  4. Bila semua sudah ok, masuk pula taugeh.
  5. daun bawang dan daun sup letak akhir.
Urap Pucuk Ubi

Tak de sukatan pula nak masak urap pucuk ubi ni... tapi senang sangat membuatnya... bahan2 yg diperlukan ialah pucuk ubi yg dicelur dan diperah airnya. Bawang merah, bawang putih, cekur dan udang kering di tumbuk halus kemudian ditumis. Masukkan juga cili padi tumbuk. Kemudian, masukkan pula kelapa parut, dan kacau sehingga masak lembab. Kemudian masuk pula pucuk ubi yang dah dicelur tadi.

Pucuk Ubi ni amek kat belakang rumah je :D


Serunding Kelapa

Bahan2 :-
  • 1/2 biji kelapa parut
  • segenggam ikan bilis
  • 3 ubi cekur muda (kalau pakai yg dah tua, letak 1 ubi je boleh)
  • 2 inci kunyit (boleh je ganti dengan kunyit serbuk)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 2 sudu makan jintan manis
  • 2 batang serai
  • seinci lengkuas
  • gula dan garam
Cara2 memasaknya :-
  1. Kisar semua bahan kecuali ikan bilis dan kelapa parut.
  2. Tumis bahan2 kisar sehingga masak.
  3. Masukkan ikan bilis dan kelapa parut.
  4. Masuk gula dan garam dan kacau sehingga masak lembab. (rasa akan manis2 sikit)

Cekur

Ini ialah pokok cekur yang diambil dari belakang rumah.
Menu nasi ambeng mesti ada cekur ni,
selain baunya yang harum, berjaya juga mengeluarkan angin.
Guna dalam serunding kelapa dan guna urap :-)

Tuesday, August 10, 2010

Pekan Rabu, Alor Setar

Ini bukan la cerita pasal kunjungan ke pekan rabu ye... ini adalah hasil tempahan makanan2 di Pekan Rabu, Alor Setar tu... Rindu betul dengan suasana di sana. Kebetulan sabahat semasa di UiTM Arau dulu masih menetap di Alor Setar, jadi senang nak tempah dengan dia. Rindu nak makan emping padi yang harum tu... kuah rojak Mak Bee, kuih bangkit santan yg putih berseri (pakai santan buah kelapa yang original tu...) lepas tu kuih karas, dan juga kuih ros atau juga dipanggil kuih goyang/loyang... Terima kasih Yusnita Wan Chik atas pertolongan menghantar terus ke rumah menggunakan G-Dex tu ye... lain kali akan ade tempahan lain... hihihi

Saturday, August 7, 2010

Chilled Blueberry Cheesecake

Kali ni bersiaran dari dalam bas perjalanan balik ke Melaka dengan perut yang sangat LAPAR selepas keluar awal dari kelas tadi... sepatutnya kelas abes kul 10 mlm... tapi cabut kul 7.15 senja tadi... Tiket bas kul 9... tapi bas lambat sampai laksss... jawuh lak tu dari Danau Kota nak ke Bukit Jalil... Nape la UTM sewa kelas kat sana lak sem ni... Haisyhhh!!! Keletihan yang amat ni... Sekarang baru kul 9.42 malam waktu Malaysia la ye... Tak tau le sampai umah nanti harus tgh2 malam ni... Jom kongsi chilled blueberrey cheesecake ni...

Chilled Blueberry Cheesecake


on making... yummy... last weekend buat kek ni

dah bawa klua dari acuan dia...
nak buat jugak lagi skali sblm posa ni la...


Tengah2 malam ni dalam bas... lapar yang amat la pulaksnya.... adoi aiiii.... sedey betul la terkejar2 macam ni... cepat le sampai.... laparnyaaaaaaaa!!!!!! Huaaaaa.... Nape la terseksa macam ni... Dalam kepala ni macam2 plan dah ade utk esok... Pagi2 esok harus ke pejabat pulak utk selesaikan urusan kerja yg memerlukan perhatian sangat2. Kalau tidak, hari isnin ni akan jadi sejarah dapat surat cinta daripada Timbalan Ketua Pengarah... yg kat HQ tu... Bos lak tgh cuti sampai Khamis depan... sedeynyaaaaa!!!!!!!!!!!

Ini pula adalah nota yang ditambah atas permintaan sahabat2 yang mahukan resipi mudah "chilled blueberry cheesecake" ini...resipi asal tak tahu daripada siapa sebabnya dulu2 masa membacanya tak pernah menulis dengan formal, hanya mengingati sahaja resipi ini. Kemudian telah diubahsuai mengikut bahan2 yang senang diingati dan juga cara2 yg ringkas... hehehe :D

Bahan2
  • 270 g cream cheese (ari tu beli jenama ape ntah... yg bulat tu... dia ada extra 20g, tu pasal le jadi 270g... biasa kan 250g je...hehe)
  • 1 mug whipping cream (lebih kurang 300ml... kite pakai mug jek)
  • 3 sudu besar gelatin
  • 3/4 cawan air panas mendidih
  • 140g yogurt kosong (beli yg kecik tu... berat dia 140g...:D)
  • blueberry filling
  • 7 sudu besar gula
  • biskut marie (blender hancur dan ramas ngan butter supaya melekat)

Cara2 membuatnya:-

  1. Blender halus biskut marie. Ramas dengan butter, kemudian lekatkan kat dasar springform. Simpan dalam peti ais (tempat beku).
  2. Pukul cream cheese hingga kembang dengan gula. Kemudian masukkan yogurt.
  3. Bancuh gelatin dengan air panas mendidih sehingga hancur. Jgn biarkan berketul2. Kemudian sejukkan.
  4. Dalam mangkuk yg lain, pukul whipping cream hingga kembang. Kemudian masukkan bancuhan no 2 ke dlm bancuhan no 4 ini. Kacau serata dan masukkan pula bancuhan no 3.
  5. Keluarkan no. 1 dr peti sejuk dan tuang 1/3 bancuhan no. 4 ke atas base. Sudukan blueberry filling kedalam bancuhan ini sedikit2. Kemudian tuang semula baki 2/3 bancuhan no. 4 ke dalam acuan.
  6. cairkan sedikit blueberry filling dan tuang ke atas permukaan bancuhan kek. Gunakan lidi sate utk mencorakkan permukaan kek. Balut dengan aluminium foil atau plastic kemudian biar kan semalaman dalam peti sejuk (tingkat bawah).

Thursday, August 5, 2010

Chilled Oreo Cheesecake

Sempat juga buat kek ni sebab dah lama teringin nak makan yg homemade punya... kalau nak beli senang je kan, berlambak2 de jual kat kedai tu... beli barang2 pulak dah lama, tapi risau juga kalau2 expired date dia makin hampir, terutamanya cream cheese dan juga whipping cream tu... maka menggagahkan diri gak le kan... buat yang ringkas2 je... kite bekukan je dalam pati sejuk. Nampak sangat le tak cukup vitamin R... hihihi... sekelip mata je kek ni abes sebab anak2 buah ade datang masa tu....

on making progress... ni namanya ala2 kadar jek... buat ringkas2, tak payah ade decoration yang cantik2 pun, cukup dicampakkan aje biskut2 oreo tu... lepas tu tak pakai pun mixer semasa memukul cheese2 tu... sume pakai tenaga tangan... hehehe... layannnzzzz

Lagi Sulaman Manik Tempahan Kawan

Ini diam bukan sebarang diam... hehehe... banyak sangat kan urusan keje hakiki dan juga kerja2 sampingan... Antara yang sempat disiapkan untuk musim perayaan yang bakal menjelma tak lama lagi ialah manik2 tempahan daripada kawan2 ni... Ini satu tuan je baju manik2 ni... Terima Kasih kak ija atas tempahan ini :-)

Sinar Matahari
(atas baju sutera Thai)


Pink Batik Highlight


Purple Flowers With Millions Turqoise

Tuesday, August 3, 2010

Mee Kari Kerang

Mee Kari Kerang

Dah lama pun buat dan makan mee ni... mee kari yang ringkas. Tempoh penyediaan sampai la boleh makan tak sampai sejam pun. Penggunaan barang2 pun yang asas2 je. Kalau nak makan mee kari memang x berapa gemar ade undur2 ayam dan daging tetapi suka yang berasaskan dari laut, macam udang, sotong, kerang dan ssebagainya... Masih dalam mood kesibukan, cuma dapat berkongsi gambar sebagai rujukan. Mana tau kalau kawan2 nampak boleh la teringat nak makan dan buat sebab dah lama x makan ke atau dah buntu fikiran nak masak ape... hehehe

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...