Alhamdulillah... menjadi juga kek ni. Minggu lepas dah buat tapi x jadi sarang lebah, dia jadi sarang semut jek. Lubang tecik2 sangat, kira x jadi la senang cite kan rupa parasnya. Kali ni menjadi seperti yang dikehendaki dan menepati piawaian Kek Sarang Lebah. Kiranya lebah2 leh masuk la kan, x yah susah2 buat sarang dia dah. Hehehe... Dalam2 kegembiraan ni, berlaku kejadian yang menyedihkan tadi.
Lepas je siap membancuh kek ni dan menunggu masa peramnya. Merempit tengok cite The Lucifer kat CH303 tu. Malang tidak berbau, kereta kesayangan telah dilanggar oleh jiran semasa dia mengundurkan kereta dia. YA ALLAH... depan mata ni berlaku, berderau darah naik ke muka. X sempat cakap ape2 dengan jiran tu, cuma tanya kenapa pak cik langgar kereta saya??? Dan bila jawapan yang terkeluar daripada mulut dia hanya gelak ketawa dan dia cakap akan bayar kos baiki, terus je masuk ke dalam tanpa berkata apa2 dah dengan dia. Sebak di dada kerana tiada sebarang perkataan maaf pun yang diberikan. Terus biarkan My Lovely Dad uruskan hal2 tu. Masuk bilik terus nanges jek... Tak mampu nak berkongsi gambar kereta kesayangan. Sedih sangat... Menjaganya selama 6 tahun dengan elok2, org senang2 je langgar kereta tu. Tuan Rumah ni akan berehat selama seminggu kerana percutian & sedikit aktiviti kemasyarakatan akan dilaksanakan selama itu... Kepada rakan2 yang mencari tu... kat sini ditinggalkan Kek Sarang Lebah ni ya... Kecewa kerana dilukai oleh perlakuan jiran tu maka membawa hati yang lara selama seminggu, ataupun lebih di alam maya ini...