Tuesday, September 3, 2013

Bercuti ke Taman Negara, Pahang

Saya berkesempatan utk berkerja dan bercuti ke Taman Negara, Pahang pada 21-23 Jun, 2013 baru2 ni. Perjalanan dari Melaka menaiki bas dgn rakan2 sekerja, ade pglmn manis & letih. Huhu... Bila smp je Rainforest Resort, terus memulakan keje. Xyah citer yg sesedih tu... Kite p citer best. Naik bot p ke Canopy Walk... 


Hijauuuu.. Nak smp ke canopy walk ni. Kena panjat tangga. Beratus2 anak tangga. Semput kotttt... Huhu


Ok! Kawan2 tgh bincang2 sambil tunggu turn. Bagus gak kena menunggu ni. Dapat berehat2. Ramai org kat sini. Pelancong dlm & luar negara... Ader adik2 dari UiTM serta sekolah gak. Dorang ader kem kot...


Hat ni la perjalanan yg nk tempuh nya tu... Jom memcabar diri supaya x gayat.


Tinggi kan? Huhu..


Wohooooo.... Berbaloi2... 
Pemandangan yg cantik sangat. Drpd 1st stop at canopy walk ni... Wlpun masa ni jerebu, masih leh menikmati pemandangan cantik ni :)


Naik bnd ni xde le takut sangat. Goyang pun xde kuat sgt. Lepas tu keliling ader pokok2 kan. Cuma tinggi & pjg la...


Yeay!!! Abes dah... Muka gembira :)

Monday, September 2, 2013

Chocolate cupcake

Sepanjang weknd ni... Hanya keje2 baking jek. Keje manik wat sket2 jek. Sementara tunggu kek masak dlm oven. Weknd yg busy. Sepatutnya janji ngan cikgu pija nak beraya2 di KL... Tapi x kesampaian. Tgk je atas meja ni. Penuh dgn barang2 wat kek kan. Semua abes guna kecuali cup dgn telur 7 biji. 

Taraaaaa... Hasilnya adalah 300 biji coklat cupcake. Huwaaaa... Masa ni gak rasa nak beli oven bebesau... Insyaallah... Kuatkan azam. Satu masa nanti mampu beli oven besau. 

Deco dgn coklat ganache & bola2 warna-warni je... Bajet cupcake. Kawan nak guna utk majlis beraya di rumah dia. 7 adunan bancuhan dpt la 306biji ni semua... 

Sesambil tu... Selit order oreo cheesecake. Utk family imah... Dorang nak wat makan2 adik beradik. Alhamdulillah atas segala rezeki yg diberikan. Amin... Mcm ni la cara bagaimana sy meneruskan kehidupan masa kini. Satu sumber pendapatan mmg tidak begitu mencukupi utk selesa. Jadi kite usaha mana yg patut sesuai kemampuan. :)



Thursday, August 29, 2013

Kasut Manik Nyonya

                Kasut Manik Nyonya

Antara penyumbang kepada kesibukan juga ni... Cuma buat masa senggang jek. Kena tinggalkan art work ni kat rumah satu lagi. Bila balik sana baru leh belek2. Kasut manik ni satu peninggalan baba nyonya kat Melaka ni. Kalau kita tak buat, makin lama pupus dah la. Xde generasi mewarisi. 

Untuk kasut manik ni. Bahan2 yg digunakan adalah seperti pemidang kain saiz 12 inci, pattern kasut, manik saiz 15, gunting, benang, jarum saiz 12 dan kain tebal utk kasut. Mesti ramai tertanya2 kat mana nak beli pattern kasut manik ni kan. Kalau kat Melaka ni, kedai Anyang kat Jalan Bunga Raya la tempatnya. Situ... 2 jam shopping cari pelbagai bahan2 utk jahitan pun tak terasa. Boleh pilih manik besar ke manik kecik. 

Apa beza manik besar dan manik kecik? Kalau saper2 menjahit manik dorang mmg tau le kan. Penggunaan manik besar tu saiz 12. Kalau manik kecik tu pulak saiz 15. Nampak beza 3 je kan. Tapi besar tu... Kasut manik nyonya semestinya menggunakan saiz 15. Halus.. Nak lagi cantik. Guna manik potong. Tapi kat Malaysia memang takde stok jual manik potong. Imported daripada UK. Nanti senang kite cite dgn Tok Ulung kasut manik kat Melaka ni. Kat sini, dia je yg ader jual kasut manik potong. 

Berapa harga sepasang kasut manik nyonya? Banyak faktor penyumbang kepada harga. Menjadikan ianya bernilai tinggi semestinya kasut manik ini adalah buatan tangan. Design kasut manik juga memainkan peranan. Macam2 design ader. Yg selalu kiter jumpa bermotifkan geometrik, bunga dan haiwan. Geometrik tu kira design yg baru la. Kalau bunga yg selalu jadi pilihan, bunga ros.  Haiwan pulak, mcm burung merak, ikan emas. Biasa motif2 design ni kita boleh jumpa jugak kat kebaya nyonya. Harga bagi sepasang kasut manik saiz 12 tu paling murah jumpa sepasang RM500. Untuk manik saiz 15 pulak RM900. Manik potong tu pulakkkkk... Leleh ayer mata. Sebab mencecah RM1500... 

Sekian, panjang lebar lak citernya... 

Tuesday, August 27, 2013

Arnab angkat

Sejak 2-3 hari sebelum raya... Arnab angkat ni dah dtg dok kat rumah. Tuan dia balik raya. Sampai skrg x mai amek lagik. Alya ckp, atuk je la bela piko & miko ni. Sudahnya... Atuk mmg rajin membela2 haiwan peliharaan ni. Terbaru, makanan kegemaran arnab ni yg dorang dpt mkn. Apa yg diperhatikan, arnab ni suka makan share2... Suka makan rebut2. Padahal kiter bagi sorang sebiji lobak mewah ni. Hehe... Wlpun arnab ni x berbunyi mcm kucing. Tapi syok gak ari2 pegi tengok dia kuarkan muncung minta makan. 

Tahniah Arni & Zamri


Tahniah my superb friend Arnisarina & Zamri... Smlm 25.07.2013 tarikh perkahwinan mereka. Sempat juga sy & rakan2 yg lain dr Melaka konvoi beramai2 ke Kg Sum Sum, Janda Baik, Pahang... Ni gambar pengantin terkejut dgn kehadiran kami. Dia pun tak sangka kami datang. Dah la smp kul 2.25pm mcm tu. hehe... Kelakar mereka berdua ni dgn aksi2 terkejut. Arni dan Zamri cantik sangat dgn persalinan ni. Tahniah korang... Dah alang2 ader kat Janda Baik, kami p cari durian. Yummyyyy... 



Musang king & D24 in da houseeee... Yeayyyy!!! Mkn smp pening... Hahahahaaaaa 

Monday, August 26, 2013

New Zealand


TQ bos... Balik2 cuti bagi hadiah ni. Sy pilih all black ni. Antara negara yg dlm list nak p. :)

Saturday, August 24, 2013

Tempahan Manik Baju Nikah


Skrg tgh sgt2 busy dgn project tempahan manik utk baju nikah... Perlukan pearl yg banyak... Jadual sgt padal sepadat2 manik yg perlu dijahit kat lace ni. Huhu... 

Wednesday, August 21, 2013

Muzium Burung Hantu


Berkesempatan ke Bukit Bendera, Pulau Pinang beberapa bulan yang lepas. Pergi atas urusan kerja, Bukit Bendera sekadar pelepas lelah di sana. 

Kali ni berpeluang naik kereta kabel yang baru. Sudah tiada lagi kereta kabel lama yang nostalgia sangat tu. Mungkin atas faktor2 keselamatan, maka penukaran diperlukan. Cuma pada pandangan, sekiranya sistem diperbaharui, rekabentuk kereta itu sendiri sepatutnya ada lebih ciri2 nostalgia dan tidak terlalu moden seperti sediada. 



Di atas Bukit Bendera, terdapat muzium burung hantu. Tiket yang dikenakan adalah RM10 untuk seorang dewasa. Pertama kali masuk ke muzium ini, perasaan teruja sebab tidak tahu menggambarkan keadaan di dalamnya. Adakah seseram rupa paras burung hantu itu sendiri??? Rupa tidak... Boleh dikatakan pelbagai jenis replika burung hantu di dalam ini.  Ada yang materialnya daripada kaca, besi, batu yang diukir, lukisan tangan dan pelbagai lagi. Artis-artis yang menyumbang hasil kerja berupa burung hantu ini adalah dari seluruh pelusuk dunia. 



Sangat tertarik dengan lukisan penuh jiwa di dalam muzium ini.



Sebahagian lagi lukisan yang terdapat di sini. 



Batu dari jenis marmar yang diukir. 



Cermin pun bentuk burung hantu juga.



Hingga berjumpa lagi Bukit Bendera. :)

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...