Berkesempatan ke Bukit Bendera, Pulau Pinang beberapa bulan yang lepas. Pergi atas urusan kerja, Bukit Bendera sekadar pelepas lelah di sana.
Kali ni berpeluang naik kereta kabel yang baru. Sudah tiada lagi kereta kabel lama yang nostalgia sangat tu. Mungkin atas faktor2 keselamatan, maka penukaran diperlukan. Cuma pada pandangan, sekiranya sistem diperbaharui, rekabentuk kereta itu sendiri sepatutnya ada lebih ciri2 nostalgia dan tidak terlalu moden seperti sediada.
Di atas Bukit Bendera, terdapat muzium burung hantu. Tiket yang dikenakan adalah RM10 untuk seorang dewasa. Pertama kali masuk ke muzium ini, perasaan teruja sebab tidak tahu menggambarkan keadaan di dalamnya. Adakah seseram rupa paras burung hantu itu sendiri??? Rupa tidak... Boleh dikatakan pelbagai jenis replika burung hantu di dalam ini. Ada yang materialnya daripada kaca, besi, batu yang diukir, lukisan tangan dan pelbagai lagi. Artis-artis yang menyumbang hasil kerja berupa burung hantu ini adalah dari seluruh pelusuk dunia.
Sangat tertarik dengan lukisan penuh jiwa di dalam muzium ini.
Sebahagian lagi lukisan yang terdapat di sini.
Batu dari jenis marmar yang diukir.
Cermin pun bentuk burung hantu juga.
Hingga berjumpa lagi Bukit Bendera. :)
No comments:
Post a Comment