Sunday, July 21, 2013

Nasi kerabu


Nasi kerabu ni buat sempena kawan2 dtg berbuka kat rumah. Mcm biasa... Ni antara masakan yg boleh dikira... Setahun berapa kali je masak. Kenapa pilih nasi kerabu? Sebab selalu kalau beli kat sini, jarang ade jmp yg sedap. Yg memenuhi tekak. Jadiii... Kiter masak la sng kan. 

Pilihan lauk mcm biasa je... Daging bakar, ikan salut tepung, lada solok, ulam2, kelapa ikan, sambal tumis, telur masin, air lada... Smp x cukup pinggan nak boh. Hahahahaaaaa ... Kwn2 yg dtg pun, ade yg bw skali. Uder dgn nurul dtg bw solok lada. Husni bw keropok. Imah bawa telur masin rebus. Yg lain disediala kat rumah ni la. Seronok mkn ramai2... Sembang2... Anak2 dorang pun pandai bawak diri. 


Sebagai pemanis mulut... Kiter makan puding karamel ye. Tapi masa mkn ni ade kwn2 yg dah beransur pulang. Terpaksa la yg tinggal ni makan & tapau la. Hehe... Buat ngam2 je utk tetamu. Tu pun x abes.

Last but not least... Kite minum air longan ye. Air ni imah bawa. Maklumlah bini tokey air bazar ramadhan. Zizi x ikut sama sebab niaga. Jd dia htr jek imah & anak2... Punya la byk isi longan yg dia bagi. Smpkan x abes. Siap minum sahur pulak tadi. Minum longan panas. Alhamdulillqh dgb rezeki yg diberikan :)

Thursday, July 18, 2013

Colek Betik


Tgh2 malam ni aper kata kite menyicah... Bulan2 poser ni balik2 terawih lapo gak. Takkan nak makan yg berat2 mcm nasi lak kan. Kite makan buah je la. Kejadian colek betik ni tidak disengajakan. Yang sebenarnya... Berbuka tadi nak wat somtam. Tapi bila kupas je betik yg baru dipetik blkg rmh ni. Masih mengkal. Tapi dah kaler merah dlm nya. Sesuai masak bening or wat jeruk kan. Jadi 3/4 biji masak bening cicah sambal belacan. Lagi 1/4 ni kiter mkn colek la. Hehe... Nak wat colek sng je kan. Semua bajan asas tu biasa ader kat rumah. Belacan, gula, cili padi & cuka. Tapi kejadian malam ni. Melampau kot pedasnyaaa... Pas makan tebal bibir... Tgh makan jejes ayer mata. Hahahahaaaaa ....

Wednesday, July 17, 2013

1000 Instagram


Sharing my 1000 posts at my Instagram... Wohoooo... I'm active at ig since only apple users can have their account there. Nowadays... No more only for apple... My private ig :)

Friday, July 12, 2013

Resipi lompat tikam & Tips

Bila bulan puasa... Balik dari terawih. Mcm dah lapar semula kan. Dessert terbaik ialah lompat tikam. Hari ni kite share resipi mudah2 je, lompat tikam tanpa pulut  warna merah tu. Kuih tradisi negeri Kelantan. Balik keje buat. Pastu sejukkan. Balik terawih leh mkn sesejuk. Yummmyyyy.... Resipi ini akan menghasilkan kuih yg agak byk juga. Leh bagi jiran2 juga. Simpan peti ais leh mkn 2-3 hari lagi. :)

Bahagian warna hijau:-
6 helai daun pandan
3 mug air
3 sudu besar gula pasir
1 mug tepung beras
1 sudu kecil pewarna hijau epal

Cara-caranya:- blender 6 helai daun pandan dgn 3 mug air. Tapis, amek air. Campur dgn 1 mug tepung beras & 3 sudu besar gula pasir & 1 sudu kecil pewarna hijau epal. Kacau bagi sekata. Baru buka api... Kacau smp likat & masak. Tuang dlm bekas. 

Bahagian warna putih:-
Sebiji kelapa parut
4 mug air
1 sudu kecik garam
1 mug tepung beras

Cara-caranya:- blender kelapa parut dgn 4 mug air dan tapiskan. Campur 1 mug tepung beras & 1 sudu kecil garam  bagi sekata. Baru buka api... Kacau smp likat & masak berkilat. Tuang atas bekas yg dah letak bhgn hijau tu. 

Tips:-
1. Tunggu kuih sejuk baru mkn. Baru nikmat
2. Guna gula kabung atau gula melaka
3. Guna kuali tak lekat atau kuali tebal masa masak... Guna kuali senang nak kacau. 
4. Gunakan whisk semasa mengacau. Nanti kuih jadi elok x berketul2
5. Masak guna api sederhana
6. Sentiasa kacau dan jgn tinggal atas dapur. Masaknya kejap jek.
7. Makan dengan pulut tanak @ kukus lagi sedap

Monday, July 8, 2013

Newyork Cheesecake



Tempahan diterima lagi daripada kawan2... Masih mau Newyork Cheesecake dengan strawberry gemok yang merah menyala2 ni... Untuk kepuasan pelanggan, beli je strawberry Driscoll's kat Aeon Jusco ataupun Tesco pun ade. Bukan pelanggan je puas hati. Kite si pembuat kek juga... Dah la gemok besar, manis, merah...

 

Kali ni kiter buat 2 saiz ye... 4inci dengan 6.5inci... semua elok je kejadiannya. Tips nak share selama membuat cheesecake begini... jangan gopoh gapah membakar nak cepat masak ye... biar perlahan, lama.... jgn gegopoh smp merekah bagai. Hehehe...


TQ kawan2 :)

Wednesday, July 3, 2013

Tempahan kek... Pepahat cili


Kesibukan membakar kek tempahan... Guna cream cheese ni lagi. 


Hari ni kite dinner dgn megi goreng je la. Sibuk katanya kan. Janji perut kenyang. Masak sndr mmg tidak pernah mengecewakan. Cili jeruk tu pun wat sndr. Sng je kan. Lepas 2 hari dah leh makan. 

Ok... Ni menu smlm.. Biasa org masak kailan belacan dgn udang ke sotong ke. Or ikan masin ke. Kali ni sebab nak senang nya pasal. Nak makan seafood dan sayur. So masak pepahat (bamboo shell) ni pepedas boh belacan boh sayur kailan. Senang cite. Suka beli pepahat ni. Sbb byk isi. Bukan beli yg fresh pun. Beli frozen kat jusco tu. 

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...