Thursday, April 28, 2011

Green & Pink :)






Tempahan ni dibuat pada 28/4/2011 yang lepas... Untuk pertunangan adik kawan. Jauh perginya kek ni smp ke Kedah... Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Entry baru nak update sebab roh rajin memblogging sudah sampai... hehehe... TQ Yan :)

Monday, April 25, 2011

.: Happy Birthday:. 25.04.2011

Happy Birthday

Today is someone birthday... I'm wish that I'll be there...

Sunday, April 24, 2011

Big Sandwiches

Hari Ahad dah kan... adehhh!!! banyak betul keje nak disiapkan. Aktiviti jahit menjahit manik2 ni... Baru siap 1 lengan jek... hari ni igtkan nak siapkan semua... Cadang2 nak anto kat tuan dia esok. Harap2 target mencapai le... Stok barang2 bakery pun lom check lagi ni. Rasa yg xde stoknya... Telur ngan baking jek... yang lain2 masih ade banyak lagik... Ade yang order cupcake pulak. Design simple2 saje...syukur alhamdulillah mintak yg simple... senang keje

Kite makan sandwish je la ye utk brunch (breakfast+lunch) ni... Leftover dinner malam tadi masih ade isi2nya tu... Jadi senang cite, double barrel la... Big Sandwiches... Full with vegetables. Lagipun ade sorang niece kat rumah ni suka... Makciknya lagi la suka kan... senang keja... hahaha...

Apesal penuh kat blkg2 sanwich ni ngan segala makanan segera? Glucose pun ada? Perasa blackcurrent pulak tu... Sape yg minum? Tu minuman untuk KOKO... sape tu? Anak kucing yang kat rumah ni. Doktor suruh bagi minum glucose ni, sebab dia x minum susu... kesian, ambik pun masa dia masih kecil sgt2. Tak penah minum susu... Dibuang orang... Alhamdulillah, walaupun dia x brp besar sgt... tapi sihat nampaknya. Pegi ambil injection imunisasi pun dah beberapa kali. :)

Saturday, April 23, 2011

Colek Ike Temenung

Dah makan? Jom kite makan colek ike temenung ni.... Dalam erti kata lain, ikan kembung ni stim je (paling best kalo bako) pastu nak makan cicah ngan air asam. Tapi, kali ni kan... kat rumah yg serba kekurangan tu, terlupa lak xde asam jawa. Belasah je la kan, pakai limau nipis... Masam pulak mende alah ni... Sib baik belacan dalam peti ais tu masih elok lagi dalam stok. Ini hidangan mudah kan, makan dengan sup sayur bayam. Disebabkan stok beras mmg xde kat rumah tu kan, dan memang sengaja x nak beli beras. Bleh la diet karbo kan... hahaha

Friday, April 22, 2011

Fried Bee Hoon + Calamari Chillies + Mustard Egg

Ini hidangan sarapan pagi + lunch + dinner... hahaha... sekali masak je kan... pastu sekali je makannya...senang betul kalau duduk sendiri... perut sendiri je yg nak diisi. Pastu, masak je la ape yg ade pun. Yg penting agak lengkap la hidangan ni kan. Ade karbohidarat, protein, serat dan lain2 le... (dasar kan, nak senang cite). Lagipun mmg sng msk mcm ni kan, semua benda ade dan yg penting kenyang... hahaha...

Masa balik ke rumah sana tempohari, singgah kedai beli barang2 utk dimakan... terjumpa ngan calamari yg segar ni. Almaklumlah, rumah tu jarang2 balik... jadi stok makanan pun terhad la kan. Hehehe... Yang paling senang masak & digandingkan utk makan ngan fried bee hoon ni ialah calamari chillies. Saje kelar2 tanpa bagi putus sebab utama ialah jumpa telurnya dlm perut tu. Lepas tu... teringin nak cantik2 calamari ni...

Mustard egg tu... biasa kite jumpa dlm hidangan japanese or korean or chinese. Senang je buatnya, dadarkan saje telur 1/2 masak kemudian baringkan sawi yg dah dicelur dgn garam dan dicurah ngan sesame oil. Just love the taste off...

Kali ni rasa hidangannya lebih kpd korean kerana rasa garlic & sesame oil yg agak kuat tu. Suka sangat :)

Thursday, April 21, 2011

Yellow Rosses Cupcakes

Ini adalah salah satu drpd tempahan yang diterima. Bila dah banyak2, tak perasan & tak sempat nak kemaskini kat blog ni. Tempahan diterima drpd jiran yang buat kenduri kahwin anak dia. Kek ni, dia sedekah kat keluarga besan baru tu. Design yang simple sahaja. Tukang buat kek pun suka gak, senang keje... hehehe... x yah penat2 sangat nak tekan aising & halakan muncung nozzle tu. Bila buat bentuk design yang senang ni, beratus2 pun tak terasa sangat penatnya. Tapi ada kenangan lepas buat kek ni, Tukang buat kek jatuh sakit selama hampir seminggu disebabkan sakit gusi geraham bongsu nak tumbuh & juga demam, batuk, selsema... pakej macam2 ada... xpe2... rezeki tu...Alhamdulillah...


Sebahagian daripada ratusan kek yang dibuat. Sengaja buat dot dot dot pink tu... sebab bekas kek tu kan, dot dot dot putih pink...Kek didalamnya ialah jenis coklat lembab kesukaan kanak juga mak ayah kanak2 juga....Bila tengok ros ni, teringat pada janji2 seseorang. Kononnya masa hari konvokesyen nak datang.... Tapi, sampai masa x de pun... :(

Resipi Sate

Ada yang mengejanya sebagai SATE... ada juga SATAY... bagaimanapun rupa parasnya hampir sama walau siapa juga yang membuatnya. Cuma yang membezakannya ialah rasa setiap satu sate tersebut. Kali ini kita akan berkongsi resipi sate yang mudah & senang. Penyediaannya agak mudah, cuma proses pembakaran bagi yang amatur ni kan, harus meleleh air mata dulu barulah boleh mula membakar. Hahaha.... seperti juga kebanyakan jenis BBQ yang lain, sate juga enak jika dibakar menggunakan arang. Penyediaannya juga lebih enak jika dilakukan pemerapan selama semalaman. Jom tengok!!!

Bahan-bahan:-
  • 1kg daging lembu/ayam
  • 5 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup (2 sudu besar serbuk kunyit)
  • 1 biji bawang besar
  • 1/3 cawan ketumbar biji
  • 1/3 cawan jintan manis
  • 3 sudu besar kicap manis
  • gula merah secukup rasa
  • garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:-
  1. Sangai ketumbar & jintan manis (masak dalam kuali tanpa guna minyak).
  2. Hiris lengkuas, serai, kunyit & bawang besar. Kemudian kisar sekali dengan ketumbar & jintan manis yang telah disangai.
  3. Campur bahan2 lain ke dalam satu bekas besar.
  4. Daging seeloknya dipotong nipis dan memanjang.
  5. Perap Daging bersama bahan2 rempah yang telah dikisar tadi.
  6. Simpan didalam peti sejuk semalaman.
  7. Cucuk daging menggunakan lidi buluh sebanyak 3 hingga 4 keping.
  8. Bolehlah dibakar dengan menggunakan arang.

(Tips:- Sate lebih enak jika daging bercampur dengan lemak sedikit. Untuk daging ayam, lembu ataupun kambing... pasti enak... selamat mencuba)

Wednesday, April 20, 2011

Batik Highlight

Kali ni menjahit pulak sipi2 bunga sediada ni utk diserlahkan. Warna bajunya agak suram iaitu hitam & coklat, jadi perlu diserlahkan sedikit la kan. Bunga agak cantik dan senang je utk diikutnya. Takde ape2 nak cerita dah kot... share gambar je la :)


Tuesday, April 19, 2011

Thousand Beads @ Manik Tabur 1000

Sesi menjibulkan mata ngan manik tabur nih... Design manik tabur kali ni bersepah2 ngan macam2 warna disebabkan design corak baju juga berterabur serta berbintik2 ngan warna-warni. Biasanya memang menjahit warna begini untuk selamat daripada menjahit dengan pelbagai corak bunga lain (takut lari tema). Maka, terhasil manik tabur dengan perincian warna lebih terang pada warna yang minor daripada warna baju asal. Gunakan warna hijau & kuning lebih sedikit. Labuci dijahit atasnya sahaja tanpa menggunakan manik ditengah2, bagi membolehkan customer memakainya dengan agak lasak. TQ kak Effliza atas tempahan manik ni :)

suka juga menjahit manik mcm ni sebab tidak terikat
dengan corak yg sekata sahaja...

Monday, April 18, 2011

Bracelet Sprinkle Design

Jom tengok pulak design yang ini. Masa pegi search kat internet ni, jumpa design bracelet yang tengah hangat sekarang kan. Cuba2 cipta jugak, dapat la jadi yg mcm ni. Alhamdulillah, sekali percubaan dan amat memuaskan hati sendiri & juga customer. Kite tengok dulu yang sikit kat atas ni kan... OK x? Hihihi... Antara yang terkemas juga la kan :)


Taraaa... siap dah lengan & leher baju... lepas amek gambo ni baru pasan kena touch-up sket lagi. Customer minta supaya bawah leher baju tu dijahit tirus dan bukannya petak, lepas tu sedikit touch-up kat bahagian leher tengah2 tu.


Close-up sikit lagik... wah, x sangka sangat rajin kan menjahit penuh aturan ni. Alhamdulillah, diberikan pancaindera yang masih sihat untuk melaksanakan tugas2 ni. Terima kasih Arni sebab sudi menempah jahitan ini. Dah selamat diposkan ke Kg. Janda Baik, Bentong, Pahang :)

Warna Warni Tali

Dah tak tau nak fikir corak2 yang sesuai untuk kain ni. Kain customer ni terlalu warna-warni sangat. Lagipun dia minta supaya design simple saje... maka ini lah yang terhasil. Kain lembut, jenis yg senang tersongket benang ngan jarumnya... TQ kak Yati

Tuesday, April 12, 2011

Makanan Laut Segar Di Telok Mas, Melaka

Kali ni episod makan2 diluar ialah di kedai makanan laut segar di belakang Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka. Perjalan drpd rumah lebih kurang 20km je... x jauh tapi jarang betul nak ke sini. Kali ni kita cuba makanan di kedai sebelah drpd yg selalu makan tu. Sebab yang nak makan pun cuma 2 org saje, tak de la beria2 sangat memilihnya kan. Ape2 pun suka makan di sini sebab makanan yang segar, harga berpatutan, pemandangan tepi laut dan kedainya atas air... Tak pecaya? Jeng jeng jeng....

Haaa... ni kami dok atas air le ni... amek gambo pemandangan ni...
bot2 nelayan kecil ni memang berlabuh kat tepi ni je...
ade pelantar kecil/kayu yg menghubungkan ke darat
walaupun tidak ramai yang tahu kedai ni, tapi kami berdua suka di sini
sejak Dia bujan smp dah beranak 2... hihi

Sotong Goreng Celup Tepung & Kepah Cili Berapi

1. Sotong Goreng Celup Tepung

owhhh... SEDAP SANGAT...
sotongnya lembut, tepungnya juga rangup dan lembut, tidak keras...
rasa lemak2 telur ayam yang bersalut itu...
Bagi 5 star :)
Kami berdua dewasa makan ni 3 ekor yang besar & panjang...
BEST

2. Kepah Cili Berapi
Menu yang ni pilihan si Dia...
Kurang menggemari mende alah ni, lagi pula
Tuan Kedai masak x berapa pedas & berapi sangat.
Jadi makan pun beberapa ketul je la... Yang lebihnya banyak2 tu dekat 1kg tu...
Dia la yang makan.... kekeke... dahasat.... Lain kali kalau pegi sini lagi,
nak suh Tuan Kedai masak guna cili padi la jangan campo cili hijau....
kasi kau2 pedas punya... Bagi 3 Star je sebab x pedas... hehehe :)


Udang Goreng Mentega

Ini makanan laut kegemaran kami berdua.... sikit pun tak terganggu dengan kehadiran si kecil ketika menikmati makanan kesukaan ni... hehehe... kesian kat depa... Makan berdua je, sebab kedua2 si kecil masih belum dapat menikmati makanan seperti ini tetapi.... amek mende alah ni sampai 10 ekor... bayangkan le besarnya mende alah ni selepas dimasak ialah sebesar bulatan botol mineral yang saiz 1.5 liter itu. Tuan Kedai pun besar2 mata dia tgk kami... 5 ekor lagi kecil sedikit drpd yg besar tu... masakannya tidaklah berapa sedap, yang sedap bagi kami ialah kesegaran udang besar ini saje... memang betul2 segar... 10 ekor je ade dalam bakul tu, semua kami rembat.... x bagi peluang kat pelanggan lain. Kesian kan.... hehehe... lain kali nak suh tuan kedai bakar kosong je la... lagi best... Yang ini bagi 4.5 Star :)


Sos Cili Thai & Kicap Cili Padi

Lain kali kalau nak pegi makan2 kat kedai makanan laut macam ni, nak bawa sendiri la sos pencicahnya... Makanan lain semua sedap2 belaka.... sos pencicah & sambal nasi lemak je yang tak memenuhi citarasa. Sos cili Kicap tu kurang pedas dan tak rasa bawang putih pun. Sos Cili Thai pula tak cukup best, x macam yang biasa makan kat rumah... hehehe


Imah & Aisya
Bersama makanan2 semua... yang dah 1/2 abes dimakan...hehehe


Posing lagik...
Kalau kat Melaka ni, makan2 macam ni mesti lawan ngan nasi lemak
bungkus daun pisang dalam dia... baru la ngam... hehehe
hidangan dah 1/2 makan, tapi mcm belum luak lagi...
buruk lantak betul kami ni kan2... hehehe
ada 1 lagi hidangan x amek gambo...
Ikan Tuka/Pari kecik bako...(sebelah kiri nampak sipi2 jek)
sangat sedap... lain kali nak bawak air asam siap2 dtg sini
kalau kat sebelah Utara kita makan dgn air asam kerisek kan...
teringat zaman2 kami student2 dulu di Arau, Perlis... hehehe
Semua hidangan ni pinggannya ialah saiz besar (nasi tambah punya)


Akif, Imah & Aisya
Our sponsor of the day... hehehe
TQ u alls...
(makan2 ni semua tak ingat harga terperinci...
yang ingat, KURANG drpd RM70)

(Pssttt*** ape yg kami makan ialah 1 ekor ikan tuka/pari bakar, 4 bungkus nasi lemak, 3 jenis air buah2an, 10 ekor udang besar, 4 ekor sotong besar panjang & kepah 1kg)

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...