Sunday, March 27, 2011

Konvokesyen UTM ke 46


Alhamdulilah...Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah penuh takzim dan keizinanNYA maka telah berjaya juga menamatkan sesi pengajian di UTM hari ini pada tarikh 27.03.2011... Bukan mudah juga melalui tempoh masa selama 5 1/2 tahun berulang alik setiap hari Sabtu dan Ahad dari Melaka-Kuala Lumpur-Melaka... Tak tahu bagaimana untuk menggambarkan dari mana datangnya kekuatan melalaui detik2 sepanjang tempoh tersebut...Kalau sekarang diminta utk buat mcm tu, tak mungkin rasanya boleh melaluinya... :)

Terima kasih kepada mak dan bapak yg selama ini memberikan sokongan moral. Selalu pegi jemput/ambik lepas turun bas sampai je kat Melaka Sentral ataupun Tol Ayer Keroh ataupun Petronas Batu Berendam. Kak Nani & Nyel yang tiap2 hari ahad hantar ke kelas, kdg2 kat Jln Semarak, kdg2 kat Bangunan Yayasan Selangor tu... Daripada ko duduk kat Cheras Baru, pastu pindah ke ke Cheras Perdana... hehehe...Semoga Nyel mengikut jejak langkah Uteh :)

Rakan2 SPACE... walaupun ade juga yg sama mcm Lia terbang di awang2an... kite masih mampu juga meneruskan perjuangan kan... Syabas & Tahniah... Tiap2 hujung minggu jumpa kat kelas... Pensyarah2 yang sgt berkaliber... mesti sukar ye mengendalikan pelajar mcm kami ni... hehehe... mohon ampun maaf

Akhirnya teringat kata2 azimat Tan Sri Dr Zaini Ujang semasa ucapan beliau tadi, pelajar2 yg kini telah bergelar graduan, jangan lupa mana2 yang membuat pinjaman... sila jelaskan pinjaman pelajaran anda semua semua adik2 yang lain dapat menikmati peluang pinjaman tersebut... Saya BERBANGGA kerana berjaya BEBAS hutang pinjaman pelajaran kerana yuran adalah pembiayaan DIRI SENDIRI... SYUKUR ALHAMDULILLAH... Ingat pepatah Melayu? Berakit-rakit kehulu, Berenang-renag ke tepian, Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Masa belajar dulu rasa sukar sangat mengendalikan kewangan dengan sumber hanya 1 sahaja. Namun kini, segalanya mungkin dengan sumber yang halal 1 itu... Alhamdulillah...

Semoga akan menjadi seorang insan yang berguna demi agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.... Amin... :)

Wednesday, March 9, 2011

Jumpa Kawan Lama


Lama sudah tak berjumpa kawan2 masa belajar di UTM ni... setahun dah abes belajar, semua dah x de kelas hujung minggu terasa rindu pula... Kali ni dapat jumpa juga dengan beberapa orang. Yang disebelah kiri & kanan tu rasa2nya berkasih-kasihan... hihihi. Lepas ni p makan kenduri depa pulak la... Ni kenduri Wan & Zaila di Kg Tasek Tambahan, Ampang... Wan tempah 1200 biji moist chocolate mini cupcake. Jenuh juga menyiapkan tempahan yang banyak tu. Alhamdulillah siap juga. Tak dapat bergambar bersama pengantin sebab dorang lambat sampai. Dah jam 2 petang masih x sampai... jadi balik dulu la..

Ni pula kakak & anak sedara yang teman ke kenduri... bergambar bersama ibu pengantin masa dah nak balik... Terima Kasih Wan & Zaila :)

Monday, March 7, 2011

Seoul Garden

Jom makan2 di Seoul Garden... Nak pegi Korea agak payah kan, jadi kite makan je kat Seoul Garden ni... Sangat hepi sebab selalunya syok tengok cite Korea, kali ni kite makan pulak... YUMMY... Saje pegi makan2 ni, lepas kutip payment... :)

Bibim Bab Garlic Chicken with Kimchi Soup
(sedap... telur tgh2 tu best... steam rice)



Fried Tang Hoon with Seafood
(sedap... mee mcm suun cuma dia kasar... lepas tu, perencah dia sedap sgt)



Lamb Shoulder Chop with Fries
(sedap... daging lembut, sos pun sedap... )

Wednesday, March 2, 2011

Kailan & Cendawan Tiram Goreng Cili Padi


Lauk ni dah lama pun masaknya... cuma baru nak masuk sini bila cuci2 mata kat album nampak gambar ni. Lain kali kalau nak buat ade la rujukannya... suka makan pedas2. Udang yang digunakan cuma sebagai perencah. Tambah belacan sebagai perasa yg menyengat. Cili padi pun letak banyak untuk pedas2 begitu juga dengan bawang putih... suka sangat rasa bawang putih + cili padi... yummy :)

Tuesday, March 1, 2011

Daisy Merah


Ni juga antara projek2 1/2 tahun nak siap... hehehe... kesian kat Kak Effliza ni tau... tapi nak wat cmne, masa kurang mengizinkan... tambah lagi mereka2 ni masih mahu menggunakan perkhidmatan menjahit manik2 ni... Ape2 pun, berjaya juga menyiapkan :)

Saturday, February 19, 2011

Daun-Daun Emas Lumut


Daun-Daun Emas Lumut

Daun-Daun Emas Lumut ini pula telah selamat disiapkan setelah hampir 6 bulan @ 1/2 tahun berada dalam tangan tuan rumah. Kesian kawan ni, lama sungguh... kenapa la lama sangat amek masa nak siapkan tu? Bukan ape, sebelum Ramadhan tahun 2010 yg lepas dia hantar, lepas tu dia cuti bersalin. Sementara menunggu badan kembali kecil dan boleh memakai kebaya ni, tu yang sampai 6 bulan baru pulangkan semula... hehehe.... (alasan kan... sebenarnya campur, tolak, darab, bahagi dikuasakan dua lagik... malas)

Kenapa dinamakan Daun-Daun Emas Lumut??? Ianya adalah disebabkan kerana, corak2 batik kain Creepe ni adalah berbentuk serat2 daun emas... latar belakangnya oren dan hijau lumut. Maka, apa yang boleh dizahirkan melalui jahitan manik ini ialah daun2 serat emas dan background hijau lumut. Sejajar dengan baju kebaya ni. Mood menjahit x brp nak ade... Mood amek gambo cecantik pun ilangsss jugak... Ape cer??? huhuhu.... SADISSS :(

Keputusan Akhir


Ranting Oren

Salam untuk semua... Tuan rumah kesibukan sahaja, ingatkan masuk tahun 2011 dan dah abes study ni, semuanya akan berubah... Tetapi memang berubah pun, makin sibuk dibuatnya. Harapan semoga awal tahun ni je kesibukan sedikit. Bagaimanapun di Facebook masih aktif, sebab di sana senang nak on9 sikit sekejap2. Kalau kat blog ni... amek masa nak karang2... hehehe... Dah melalut ape dah ni....

Berbalik kepada cerita Ranting Oren, ini merupakan baju kain satin yang telah ditempah oleh rakan sekerja kakak ipar iaitu seorang guru... Tempahan telah dibuat berbulan2 lamanya... Sungguh lama untuk mendapatkan mood meranting oren ini... Warna oren yg sangat garang ni membuatkan mata naik jibul... Dalam kepayahan, berjaya juga menyiapkan dengan sempurna... Alhamdulillah :)

Ape kena mengena Ranting Oren ni dengan tajuk cerita hari ini??? Yang sebenarnya, keputusan akhir ini adalah melibatkan hal2 hati dan jiwa... Seriussss!!! Huhuhu... telah difikirkan lama2, akhirnya membuat keputusan untuk berusaha mengurangkan aktiviti menjahit manik. Warghhh!!! Satu keputusan yang agak sukar untuk dibuat memandangkan menjahit manik ni adalah jiwa seni yang telah dikurniakan olehNYA. Belum lagi untuk terus berhenti, cuma mengurangkan sangat2 dulu... Mata harus dijaga memandangkan sejak 5 tahun yang lepas, aktiviti2 menjahit & menelaah pelajaran telah dilakukan secara serentak semasa belajar secara 1/2 masa (hujung minggu). Melalui saat2 sukar semasa belajar 1/2 masa... Siang bekerja, malam harus membahagikan masa untuk belajar dan juga bekerja iaitu menjahit manik untuk mendapatkan lebihan sumber kewangan bagi membolehkan ianya digunakan untuk pembiayaan pembelajaran dan juga kehidupan seharian.... Rasanya sekarang ni tiba masa merehatkan minda pula... huhuhu.... teremosi pula bila cerita2 pasal ni... :)

Sehingga kite berjumpa lagi untuk kesekian kalinya...

Monday, January 17, 2011

Saree Silks For Sale .:Part 2:.

Tadi kita dah tengok 1st review kain sutera sari kan, kali ni kite tengok lagi sebahagian yang lain pulak. Macam yang telah dimaklumkan tadi, panjang setiap kain sutera sari ini ialah 6.25 meter manakala lebarnya pula 45 inci. Kalau jenis badan yang memang pakai 4 meter je utk buat baju kurung, lebihannya kalau ade anak kecil bolehlah dibuat baju baby tu... mesti comel kalau pakai sedondon kan. Kali ni kita tambah info sikit lagi, semua jenis kain yang dijual ini boleh dicuci tangan, tidak perlu dicuci dengan cucian kering.

Kod Item: NSC17
Harga: RM200/=

Kod Item: NSC15
Harga: RM200/=


Kod Item: NSC03
Harga: RM200/=

Kod Item:NSC05
Harga: RM200/=

Untuk tempahan dan belian, boleh lah email kepada Tuan Rumah ni di alamat mazaliamansor@yahoo.com dan nanti akan dapat butiran2 yang diperlukan. Penghantaran akan dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja menggunakan POSLAJU Malaysia yang mana ditanggung oleh pembeli sendiri selepas bayaran sepenuhnya dibuat.

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...