Terima kasih kepada mak dan bapak yg selama ini memberikan sokongan moral. Selalu pegi jemput/ambik lepas turun bas sampai je kat Melaka Sentral ataupun Tol Ayer Keroh ataupun Petronas Batu Berendam. Kak Nani & Nyel yang tiap2 hari ahad hantar ke kelas, kdg2 kat Jln Semarak, kdg2 kat Bangunan Yayasan Selangor tu... Daripada ko duduk kat Cheras Baru, pastu pindah ke ke Cheras Perdana... hehehe...Semoga Nyel mengikut jejak langkah Uteh :)
Rakan2 SPACE... walaupun ade juga yg sama mcm Lia terbang di awang2an... kite masih mampu juga meneruskan perjuangan kan... Syabas & Tahniah... Tiap2 hujung minggu jumpa kat kelas... Pensyarah2 yang sgt berkaliber... mesti sukar ye mengendalikan pelajar mcm kami ni... hehehe... mohon ampun maaf
Akhirnya teringat kata2 azimat Tan Sri Dr Zaini Ujang semasa ucapan beliau tadi, pelajar2 yg kini telah bergelar graduan, jangan lupa mana2 yang membuat pinjaman... sila jelaskan pinjaman pelajaran anda semua semua adik2 yang lain dapat menikmati peluang pinjaman tersebut... Saya BERBANGGA kerana berjaya BEBAS hutang pinjaman pelajaran kerana yuran adalah pembiayaan DIRI SENDIRI... SYUKUR ALHAMDULILLAH... Ingat pepatah Melayu? Berakit-rakit kehulu, Berenang-renag ke tepian, Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Masa belajar dulu rasa sukar sangat mengendalikan kewangan dengan sumber hanya 1 sahaja. Namun kini, segalanya mungkin dengan sumber yang halal 1 itu... Alhamdulillah...
Semoga akan menjadi seorang insan yang berguna demi agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.... Amin... :)