Ini diam bukan sebarang diam... hehehe... banyak sangat kan urusan keje hakiki dan juga kerja2 sampingan... Antara yang sempat disiapkan untuk musim perayaan yang bakal menjelma tak lama lagi ialah manik2 tempahan daripada kawan2 ni... Ini satu tuan je baju manik2 ni... Terima Kasih kak ija atas tempahan ini :-)
This blog is a personal blog about writer's personal life. Any articles and photos may not be copied in any form.
Thursday, August 5, 2010
Tuesday, August 3, 2010
Mee Kari Kerang
Mee Kari KerangDah lama pun buat dan makan mee ni... mee kari yang ringkas. Tempoh penyediaan sampai la boleh makan tak sampai sejam pun. Penggunaan barang2 pun yang asas2 je. Kalau nak makan mee kari memang x berapa gemar ade undur2 ayam dan daging tetapi suka yang berasaskan dari laut, macam udang, sotong, kerang dan ssebagainya... Masih dalam mood kesibukan, cuma dapat berkongsi gambar sebagai rujukan. Mana tau kalau kawan2 nampak boleh la teringat nak makan dan buat sebab dah lama x makan ke atau dah buntu fikiran nak masak ape... hehehe
Wednesday, July 28, 2010
Sulaman Manik2 Semasa Kesibukan
review manik2 yang sempat dihasilkan dalam tempoh masa kesibukan ini.... salah satu penyumbang besar gak la menjadikan diri ini kesibukan... huhuhu... tak dan nak cerita banyak2... sila la tengok kalau2 berkenan dan boleh dibuat rujukan/idea untuk menjahit manik di baju masing2 kan... kesemua sulaman manik2 ini adalah tempahan daripada rakan-rakan. Terima kasih ye rakan2 yang menempah :-)
Tuan punya baju nun jauh di Arab Saudidisiapkan awal kerana mahu diposkan kepada dia
tema raya mereka di sana tahun ni Citra Warna
bajunya kakak dia belikan dah siap...
manik je tempah
Baju Kak Efflizabaju ni dah lama dalam koleksi... kesian tuan dia menunggu
hihihi... minta maaf ye kak Effliza, lambat sket
Friday, July 23, 2010
Macam-Macam
Masa kurang mengizinkan untuk terus merencanakan hari2 di blog ini... akan cuba memenuhi kehendak diri sendir meluangkan masa secukupnya... sangat2 sibuk dalam masa 2 bulan ini. Kite kongsikan saja gambar2 kenangan semasa balik kampung bulan lepas. Hanya sebilangan kecil gambar sahaja...
Sunday, July 4, 2010
Hari ke-2 Balik Kampung Di Batu Kurau & Taiping
7hb. June, 2010 adalah hari ke-2 balik kampung. Sangat hepi sebab balik ke Batu Kurau pulak, walaupun hanya beberapa jam dan sekejap je kat sana. Sebab banyak aktiviti nak buat balik ke kampung kali ni kan, jadi sekejap2 jadi la nyinggah. Jumpa Misya dan keluarga di sana, kebetulan Kak Ti ade balik jadi dpt jumpa anak2 dia, Aina & adik dia. Cuma x sempat jumpa Kak Ti, dia keluar p beli barang. Lepas tu Abg Bahar dgn Kak Ija pun balik dengan anak2 dia, Rifqah pun ade balik juga sekali. Sangat2 seronok sebab ramai balik ke Kg Perak, Batu Kurau ni...
Anakanda ke-2 Misya & Lan
Lahir pada 26hb April, 2010
tarikh ni akan dikenang
sebab sama dgn My Lovely Dad
Pastu balik singgah sini :-)Taman Tasik Taiping
redup je pemandangan di sinikat mana tu?
Kedai Dolly, Taiping
rasanya dah x berapa sedap la kali ni
berbeza masa zaman2 sekolah dulu
pinggan pun besar, murah dan rasa yg sedap
skrg sume dah berbeza
yang tudung oren tu la
NorAida Abd Ghani ~ 13 tahun x jumpa
terima kasih kpd Maklong (yg tudung ceklat)
sebab dia la organizer blk kg kali ni... hehehe
Saturday, July 3, 2010
Cuti2 Malaysia ~ 8 Hari Balik Kampung Di Sg Siput, Perak
6hb ~ 13hb Jun, 2010 yg lepas, kite cuti2 malaysia... balik kg di Sg Siput, Perak... Yg sebenarnya, bukan la kampung sendiri. Tapi memandangkan tidak punya kampung, jadi kampung kawan2 tu dah jadi mcm kampung sendiri la kan. Seronoknya org punya kampung kan... aman damai je... Terima kasih kepada rakan karib Shafiza Hassan dan keluarga di Kg Talang, Sg Siput, Perak... Setahun lebih kurang 2 kali balik ke sana. Sangat gembira :-)
hari nak balik, baru le nak kemas
mcm2 barang kan... Salonpas pun ade
Sebulan Berlalu
Alhamdulillah... bertemu kembali kita setelah hampir sebulan tidak bersiaran. Tuan Rumah ni macam terlalu sibuk je kan. Dan sememangnya begitulah sibuk dengan pelbagai urusan untuk diselesaikan. Namun akan cuba untuk mengagihkan masa untuk semua. Dengan ini, jom kite cuci sikit pemandangan menarik waktu hampir senja ini. Kelihatan bulan di balik awan dan juga beberapa ekor burung bangau terbang kembali ke sarang. Aman damai dan tenang je... :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)











