Alhamdulillah... siap dah baju pengantin ni... Tahniah kpd Miza kat Temerloh, Pahang dgn pasangannya tatau nama (yg sebenarnya tak penah amek tau & tya nama tunang dia... :P) Untuk kisah lebih lanjut & juga gambar2 lagi, jom klik blog satu lagi MyArts-Zalia
This blog is a personal blog about writer's personal life. Any articles and photos may not be copied in any form.
Thursday, January 31, 2013
Bercuti ke Jogja ~ Pantai Parangtritis, Yogyakarta
Pantai Parangtritis ni letaknya di Desa Parangtritis, wilayah Bantul ke arah selatan lebih kurang 30km drpd kraton Jogja (bandar Yogyakrta). Kalau penduduk setempat, mcm2 ritual (aktiviti khurafat) yang masih mereka jalankan di sini. Mcm2 kepercayaan mereka ni... Kalau ada yg masih ingat masa sebelum Gunung Merapi meletus pada Oktober, 2010 dulu... mereka ade menjalankan ritual bagi laut cool down kan gunung la... ape la. Kite tinggalkan aktiviti mereka yg begitu2 tu...
Pantai Parangtritis ni memang terkenal dengan scenery sunset... Ramai yang dtg menikmati matahari terbenam sambil membuat pelbagai aktiviti. Walaupun ada larangan supaya tidak mandi di laut ini, masih terdapat juga segelintir pengujung yg berbuat demikian. Ombak kat sini besar, yg pandai berenang pun boleh ditelan ombak. Ada berani? Antara aktiviti normal yg dorang buat kat sini ialah berkuda (ada tempat2 yg bau BUSUK sebab kuda ni sesuka hati je melepas kecik besar), lepak2 makan jagung bako, minum air kelapa, main ATV, main pasir (walaupun pasirnya xde la bersih sangat), main kejar2 & main bola sepak pun ade gak.
Sunset at Pantai Parangtritis, Yogyakarta, Indonesia
25.04.2012
we was here!
nampak syok jek minah ni ke hulu ke hilir dpn kami naik kuda ni
penjual air kelapa...
dan pengunjung yang melakukan pelbagai aktiviti
makcik jual jagung bako...
kami duduk santai2 depan dia atas tikar sementara tunggu jagung siap bako
ade 2 perisa, manis & pedas
Antara kuih muih tradisional yg dijual...
yg kuning tu mcm popia kat sini
yg bungkus dlm daun pisang tu... nasi+cendawan+ikan bilis (tatau mende kuih ni)
yg putih2 tu mcm pau... inti ape tatau
Wednesday, January 30, 2013
Bercuti ke Jogja ~ Candi Prambanan Yogyakarta
Candi Prambanan yang letaknya di desa Prambanan dalam wilayah Sleman dgn jarak 20km drpd Yogyakarta merupakan candi Hindu yang terbesar di Indonesia. Nama lain bagi candi ni ialah Candi Rara Jonggrang. Candi ini juga tersenarai sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO...
Kalau ikut cite2 sejarah kat situ, cmne candi ni dibina... Ade sorang lelaki nama Bandung Bondowoso yang suka kat sorang gadis nama Roro Jonggrang (bukan Jongang hokayyy!! kikikiki...) Pegi la dia ngorat2, pastu si Jonggrang ni bagi la syarat suh buatkan dia candi dgn jumlah sebanyak 1000 arca pelbagai karektor dalam tempoh semalaman. (aje giler cite ni.. mcm mitos betul... brp ratus ribu pulak pekerja dia nak guna? udahlah batu2 besar berat... tak mungkin dia dpt siap dlm tempoh semalaman...) Yang sbnrnya, si Jonggrang ni bukan la suka pun kat Bandung Bondowoso ni. Masa bilangan ke 999 arca dibina, dia pun minta tolong org2 kampung tumbuk padi seolah2 mcm dah siang la. Maka berkokok la ayam2 jantan sekalian kampung, igtkan suasan dah pagi/siang. Kecewalah si Bandung Bondowoso (bukan es sirap bandung cincau ke hokay!!)... Kecewa punya pasal dan rasa sgt tertipu dengan helah si Jonggrang maka Bondowoso pun membina arca ke 1000 tu berupa paras si Jonggrong sbg usaha mengutuk tindakan Jonggrong. (kikikiki... kesian ko Jonggrang... tu la, sape suh menipu)
Kalau nak tau kisah2 lebih terperinci... pegi jek kat WIKI ni...ataupun boleh jugak pegi kat blog Wisata Jawa ni :)
Sikit INFO:
Waktu Operasi : 9.00am-5.00pm (setiap hari)
Tiket : IDR8,000 untuk pelancong tempatan
USD10 untuk pelancong asing (kalau duit kite tu lebih kurang RM30++ la kan)
(mahal betul... jauh beza tiket pelancong tmptn dgn asing... depa byr x smp RM3... kite seploh kali ganda... haisyhhh... beza mmg berbeza...)
kelilingnya terdapat taman2
cuma pokoknya tidak berapa besar
panas banget dong

Masa beli tiket, dia bagi welcome drink
kami minum kopi ni jek
terubat sket kekosongan perut
Lepas minum nak p toilet dulu...
jgn lupa pegi toilet kat sini, bersih betul

Welcome to The Prambanan Park

Ni view 1st yg kite akan jumpa sblm lalu kat laluan masuk
ada 1 candi besar & dikelilingi oleh 4 candi kecik sket
Dirasmikan oleh???
sila baca sendiri kalau nampak le... :P

Ni antara arca yang ade kat sini... cite pasal Ramayana pun ade dlm ni
secara logik akalnya, mustahil dorang leh ukir batu2 ni dalam masa satu hari
mcm x percaya kan mitos tu :P

Ini juga sebahagian lagi, antara laluan yg kami explore sket2

Nampak x runtuhan blok2 batu tu? Kesan gempa bumi yang kuat pada 26hb. Mei 2006
di Yogyakarta, kebanyakan blok2 batu ni jatuh.
Ni sebahagian daripada kawasan candi Prambanan
Mereka dalam usaha untuk membaikpulih semula kawasan ini

Jangan lupa bawak payung kalau pegi tempat2 mcm ni,
panas banget dong... Pak Totok bagi pinjam payung pelangi ni
masa dia suh bawak tu, mcm malas jekkk
skali tu... mmg berguna kotttt... hahaha
TQ la kat pak supir

Muzium Prambanan
Jangan lupa pegi ke muzium prambanan untuk tau lebih lanjut pasal candi ni
disebabkan aktiviti kami kat sana mcm free & easy
Pak Totok takde bagi limit brp jam dok dlm ni
Kami jugak x gunakan khidmat tour guide
(boleh dptkan khidmat depa kat kaunter ticketing)
brp kena bayo tu tak tau la
motif x guna tour guide???
Bukan nak belajar sejarah pun... lagi pulak, bukan ingat pun nanti ape dia cite

kami makan kat dlm Prambanan Park ni jugak
Ni set ape tatau... makan share2 jek ngan Pija
makanan orang jawa, kering2 je gitu... sate dia sedap :)
Minum air ni... Aiskrim Soda Fanta
ni la 1st time minum yang rasanya mcm air paip letak gas
muahahahaha... xde rasa soda pun... udah lah x manis
Hape punya air pun tatau... belasah jek la...
dah le kepanasan berjalan dlm park tu berjam2... :P
Pintu masuk dengan pintu keluar tak sama tau
Barangkali dorang tanak sesak2, dan juga nak bagi peluang peniaga jual hasil mereka
Sampai kat sini, kami tak beli ape2 pun...
just lalu2 & tengok2 jek
Peniaga kat sini x ekstrem dgn pelancong sgt... biasa2 je
just panggil2 gitu jek
kisah peniaga ekstrem ni, nanti kite cite kat Borubudur (scarry kot dgn depa tu)
Barangkali dorang tanak sesak2, dan juga nak bagi peluang peniaga jual hasil mereka
Sampai kat sini, kami tak beli ape2 pun...
just lalu2 & tengok2 jek
Peniaga kat sini x ekstrem dgn pelancong sgt... biasa2 je
just panggil2 gitu jek
kisah peniaga ekstrem ni, nanti kite cite kat Borubudur (scarry kot dgn depa tu)
Tips Beli & jgn lupa BLAH:
- Kalau nak beli cenderahati, kat Prambanan Park ni murah... contoh mcm keychain tu boleh dapat dgn harga IDR10,000 utk 10 keychain
- Kat sini ade mcm2 jenis kraftangan batik... beg batik pun murah kat sini (check je kualiti... biasanya lebih kurang)
- Beli la gesek yang dibuat drpd batu gunung kat sini. Murah... (gesek tu guna utk buat sambel... kalau kite lesung tumbuk2, dia masin gesek2 jek :P)
Monday, January 28, 2013
Bercuti ke Jogja - Hari Pertama
Entri kali ni ingat nak buat rempitan pasal travelogue yang tertunggak2 selama ari ni. Hanoi dgn Guangzhou tak pasti ingat lagi ke tak. Tapi kali ni kite cite dulu pasal cuti2 Jogja. Nama kalau ikut daftar negara dia Yogyakarta, Indonesia.
Kenapa pegi Jogja? Pegi dgn sape? Agak2 brp kos pegi sana? Mungkin ade yg akan terjawab persoalan tu dalam entri travelogue kali ni.
Pergi berdua jek dgn my bff Pija pada 25-28 April, 2012. Hampir setahun dah kot. Baru ade kesempatan nak menulis. Kami beli tiket masa Air Asia ade wat promo. Biasa la kan AA mmg slu wat promo. Kos penerbangan pegi balik dgn AInsurans, luggage pegi 15kg, balik 30kg jugak makanan pegi balik utk 2 org semuanya dalam RM550. Exact figure x igt. Penerbangan pepagi alam jam 7.00am mengambil masa selama 2 1/2 jam. Sebab tahun lepas hanya ade 1 flight je ke Jogja dari Kl setiap hari. Tapi tahun ni klu x silap dah 2 penerbangan. Sampai sana lebih kurang jam 8.30am pagi waktu sana. Naik kat LCCT turun kat Adi Sucipto Airport. Kami gunakan perkhidmatan Pak Supir Nizam yg jumpa kat forum cari (dia suh pekerja dia Pak Totok yg bawak kami). Cas yg dikenakan IDR500k/hari. Utk selama 4 hari kami di sana dia cas IDR1,600,00... Skrg ni bila tgk balik jumlah yg dikenakan. Agak mahal la. Huhu... sebab kalau kat http://www.yogyes.com/en/yogyakarta-car-rental/ ada yang boleh dapat IDR200k/12hours (kereta + supir). Berbaloi2 kan. Rugi aihhhh... Sampai sana, agak shocking sket, airport nya kecik jek. Tang nak amek luggage tu yg nyampah. Lama nau...
Sejak AA selalu buat promo, jarang dah naik MAS
tapi tiap kali nak travel, masih guna universal adapter ni :)
![]() | ||
Tengah isi borang sebelum landing, nanti dah sampai imigresen sana, senang..
Candi Sari
ni tempat memula kami jejak kat Jogja ni
dekat je ngan airport tu... singgah sebelum ke mana2
Masjid Warna
Jalan depan sikit jek... jalan kaki jumpa Masjid Warna
ada satu keluarga tu menjalankan perniagaan ayam goreng
dorang wakafkan masjid ni
kedai ayam goreng tu, depan masjid ni je
ok... ni signboard yang di mana letaknya wilayah candisari tu
Candi Prambanan
lepas daripada singgah Masjid Warna dgn Candi Sari
kami pun pergi pulak Candi Prambanan
kami mmg sgt lapar masa ni, dah le panas
dah hujung jln kuar baru ada resto
cerita kat candi Prambanan ni next time kite cite
Hotel Ibis Yogyakarta
Kuar je dari Candi Prambanan, kami mintak Pak Totok hantar ke hotel
kami memilih untuk menginap di hotel Ibis untuk 2 malam
letaknya di Jalan Malioboro
turun2 je hotel mmg tempat shopping
rehat2 kejap dan tunaikan kewajipan... pastu petang ada aktiviti ke pantai
Pantai Parangtritis
menikmati sunset di sini... wahhhh! ramai betul orang kat sini
tapi masih damai, tidak terganggu
antara aktiviti dorang kat sini ialah main bola, berkuda, mandi manda
next entry kite share2 gambar sini juga ye
Nasi Padang
yummy... nasi padang ni sedap
dah biasa masuk resto nasi padang, jd teruk amek campo jek
kalau berhidang tu bukan x boleh
tapi risau semua benda kami bedal kang. kikiki
kami makan di Rumah Makan Duta Minang
kami makan di Rumah Makan Duta Minang
ni aktiviti akhir sebelum kami balik hotel dgn supir
lauk yg dipilih rendang minang sapi, telur lemak, pucuk ubi & sambel berlado
balik hotel, aktiviti sebelum tdo ialah explore Jalan Malioboro
Keseluruhan hari pertama di Jogja memang menyeronokkan, banyak pengalaman baru. Kota ini damai... walaupun kesesakan di merata2 tempat di bandar nya. Ramai sungguh tourist/pelancong/wisata yang dtg ke sini. Sebut saja lokal wisata atau dari negara luar. Tarikan utama di sini sudah tentunya banyak tempat2 yg disenaraikan sebagai objek wisata yg diiktiraf UNESCO
Sunday, January 27, 2013
Tomyam Ketam
Minggu ni ade tetamu dtg rmh. Menu tghr td. Ringkas2 jek. Tomyam ketam. Skrg ni bulan penuh. X rugi beli ketam. Isi penuh jek. Manis isinya. Yummyyyy...
~published by iPhone~
~published by iPhone~
Saturday, January 26, 2013
The Best Yong Tau Fu at Melaka
A very busy today. Just having dinner with my ex schoolmate. Yong tau fu at Gelombang Biru, Pulau Gadong. Daebakkkk... She round2 the corner at Melaka for a short vacay. Witwitttt...
~published by iPhone~
~published by iPhone~
Megi Sup Tulang
Kalau ade yg sup lebih. Tp xde mee. Meh boh jek megi kosong. Rendam dgn sup tulang panas menggelegak ni. Boh cili padi hiris dgn daun sup. taraaaa... Siap dah bfast. X yah masak air panas utk buat air. Minum air kosong jek. Sbb sup dah panas. Hehe...
Nti kite share resipi soup tulang ni ok. Yg penting reneh biar lama. Yummyyy...
~published by iPhone~
Thursday, January 24, 2013
The Making of Nyonya Terompah
While watching Australian Tennis Open 2013, I'm trying to sew beads for making Nyonya Terompah. Full fill my tight schedule. :)
~published by iPhone~
~published by iPhone~
Subscribe to:
Posts (Atom)























