Saturday, January 28, 2012

Roti Canai Kayu Arang, Melaka

Sarapan di mana cuti2 hujung minggu??? Kali ni kita cuba satu lagi kedai makan yang menjual sarapan. Menu yang menarik perhatian ialah roti canai kayu arang. Kelainan kali ni ialah roti canai tersebut dimasak menggunakan dapur kayu. Bila roti canai tersebut sampai kat kita, ada bau2 kayu sikit. Macam zaman dulu2 pulak kan. Kedai ni, roti canai & kuah dah dia pun sedap. Menu lain yang ada macam nasi lemak berlauk, soto, lontong, kuih muih & pelbagai lagi. Jika ingin berkunjung, lokasi kedai ni letaknya bersebelahan dengan stesen minyak BHP sebelum simpang ke Bachang di Lebuh AMJ menghala ke Bandaraya Melaka. (simpang sebelum jambatan di Melaka Sentral & Tesco)

~published by iPhone~



Stok kayu bakau

Makcik tengah tebar roti canai & masak atas dapur kayu


yeay!! roti sardin dah sampai

Sakura Fuji Restaurant, Shah Alam

Salah satu tempat makan kesukaan bila ke Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam ialah restoran makanan Jepun iaitu Sakura Fuji. Untuk makan malam, waktu operasinya ialah dari jam 6:30 petang hingga 9:30 malam. Kali ni makan set mee udon dengan udang tempura, set nasi, salad, tempura udang serta unagi no kobayaki (grilled eel). Pencuci mulut yang diberi ialah aiskrim perisa teh hijau (macha ice cream) dan air berkultur Yakult. Pilih tempat duduk meja Jepun sambil boleh lepak2 :)

~published by iPhone~


mine


also mine



Thursday, January 26, 2012

Liuhua Lake Garden, Guangzhou, China

We're on our trip to Guangzhou & Shenzhen, China... hunting some new product for our small business. Here just a few pix sunrise & sunset from our mansion while 6 days there. Happy with winter season there. The wind was a little cold but it felt nice. It was carrying winter fragrance. So nice :)

~published by iPhone~


Sunset

Late evening

1st morning in Guangzhou


Last morning in Guangzhou

Sunday, January 22, 2012

Manik 3D ~ Bunga Matahari Merah

Masih bercerita mengenai manik. Kali ni kita update di waktu yg senggang berkaitan upahan jahitan manik semasa kesibukan tempohari. Balik dari bercuti di Guangzhou tempohari, keadaan kesibukan tidak mengizinkan utk update mcm2 cerita. Antaranya ialah kesudahan manik 3D ini. Berjaya menyiapkan selepas seminggu blk bercuti. Tuan baju minta dicepatkan. Selain drpd lengan baju & bawah baju beliau juga minta supa jahit motif yg sama di tudung. Hasil berpuas hati, beliau setuju dengan upah yg dikemukakan. Alhamdulillah :)

~published by iPhone~


Bawah baju... nice :)


Lengan & Bawah baju



motif yg sama atas tudung

Saturday, January 21, 2012

21.01.2012 ~ Hepi Bestday @ TGI Friday, Pavillion

My Sis belanja mkn2 kt TGI Friday sempena birthday husband dia aka my abg ipaq. TQ la sis... Best tempat ni, mknan pun best & portion besar. Selain tu staf pun bagus. Kite buat surprise cake dgn bantuan staf TGI kat situ. Satu restoran nyanyi utk abg ipar. Hehehe... Layan

~published by iPhone~

Surpriseeee!!!



Masa ni budak2 TFIF ni tgh nyanyi2



My plate: Grilled Lamb


Dah sudah... jom balik

Upgrade Baju Lama Dengan Manik

Kesempatan waktu senggang bila tak ada org upah jahit manik maka kita upgrade baju sendiri yg lama atau dgn kata lain "dulu x sempat nak jahit". Hehehe... Ape2 pun boleh lah kan janji hasilnya menarik & cantik.

Kali ni kite jahit crumble mutiara di leher utk baju yg corak pelangi & crumble kristal manik lengan baju purple pink kosong tu. Untuk tahun ni, tempahan manik raya dibuka sehingga sebulan sebelum raya ye :)

~published by iPhone~


Crumble Mutiara


Crumble crystal manik

Tuesday, January 10, 2012

Bila Medium Pancaindera Terganggu

Cermin mata adalah satu medium perantaraan bagi pancaindera mata yang rabun. Baru2 ini cermin mata telah pecah kerana kelalaian diri sendiri. Memyesal pun tiada guna, salah diri sendiri. Mula menggunakan medium ini sejak 17 tahun yang lepas. Pelbagai jenis & jenama untuk medium ini telah digunakan sehingga kini. Jika tiada benda alah ni, nak memandu pun main agak2 je. Tak boleh nak membaca waima di skrin komputer juga. Arghhh!!! Sangat2 terganggu. Tidak memilih untuk menggunakan lensa kanta lengkap kerana kurang rajin untuk bangun pagi2 menguruskan, selain kanta lekap juga tidak boleh digunakan untuk jangkamasa melebihi 18 jam serta tidak tajam penglihatan kerana kesilauan yang tinggi. Ermmm :((

~published by iPhone~

Saturday, January 7, 2012

Bentley at Shenzhen, China

Once upon a time when have a business trip there. Just love that moment. Bentley!!!




Dream to have it :)

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...