Friday, March 30, 2012

Pearls Bracelet :.: On Progress

Tonite!!! Here we go... After a few week gotta rest ❤❤❤

~published by iPhone~

Thursday, March 29, 2012

New York CheeseCake with Raspberries :.: Recipe

Salam bertemu kembali... Kali ni bersiaran menggunakan Cik Dell pc yg dah lama x update blog. Hehehe... Kali ni kena tulis dalam bahasa Melayu (rojak pun boleh kot) sebab my Bff dah suruh letak resipi sekali. Hehehe... here we go Kak Rina :P

Sebab utama update guna Cik Dell ni sebab nak tepek gambo hasil pertama tembakan daripada my EOS 60D. Hehehe... Amacam? ok x gambarnya? Tanpa di edit ni... Almaklumlah cuma amatur saje kan. Buat kek ni masa hari Isnin lepas. Entry Secretley Baking tu. Tapi baru sempat nak makan malam tadi. Minggu lepas masa membeli belah di Tesco jumpa buah rasberi segar. Terus teringat nak makan new york cheesecake... walaweh!!! Too much cheezy??? Apekahhh??? Lama kot Cik Elba kat rumah tu tidak bekerja. Hahahaha....


Ehem-ehem... belum potong lagi :)


Tips:-
Untuk mendapatkan permukaan yang licin semasa memotong kek ini, pastikan menggunakan pisau yang bersuhu panas. Contohnya sebelum potong, rendam dgn air panas ataupun panaskan sekejap atas api :)


RESIPI NEW YORK CHEESE CAKE

Bahan-Bahan:-

* 325g cream cheese
* 8 sudu besar gula
* 2 biji telur ayam
* 1/2 cawan susu segar
* 1/4 cawan tepung gandum

# Biskut untuk base (sy guna 12 keping biskut sediada kat rumah jenama oat krunch yang ade letak hazelnut & raisin tu... sebabnyaa... hanya itu sahaja biskut yg ade)
# 2 sudu besar butter

(resipi asal yg baca dulu ade letak sour cream dgn extract vanilla... sy x letak pun sour cream sebab x suka masam sangat. Extract vanila pulak sebab x letak sebab sy suka rasa cheese yg original )


Cara-cara membuatnya:-

  1. Memula buat dasar kek dulu... Kisar biskut & ramas dengan butter. Tekan atas acuan. Lepas tu simpan dalam peti sejuk beku.
  2. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius
  3. Adun creeamcheese dengan gula. Pukul sampai kembang.
  4. Kemudian masukkan pula telur dan pukul lagi.
  5. Masukkan susu segar pukul dan kemudian tepung gandum.
  6. Bakar selama 60-90 minit dengan suhu 170 darjah celcius secara marine bath (bergantung kepada oven masing2
  7. Jangan lupa balut dasar acuan dengan aluminium foil. Kalau x nanti air masuk dalam kek... hehehe....

Guna acuan saiz 5-6 inci

Jemput makan semua.... so yummy & cheezy maaa

Tips:-
*** untuk mendapatkan permukaan kek yang tidak merekah dan pecah semasa membakar, pastikan suhu oven stabil. Sy bakar untuk tempoh 30 minit pertama dengan menutup permukaan acuan dengan aluminium foil. Kemudian 60 minit seterusnya saya buka penutup acuan tersebut.
*** Bagi mengelakkan permukaan kek merekah juga, pastikan kek dibiarkan sejuk dalam oven dan jangan keluarkan untuk sejuk di suhu luar.
*** Paling enak dimakan setelah dibiarkan bermalam di dalam peti sejuk. Jangan letak dalam tempat beku pula.
*** Waktu paling sesuai untuk buat kek ni ialah malam sebabnya kita akan biarkan kek ni bermalam dalam oven. Bila pagi nak pegi keje, kite pun letak dalam peti sejuk. Balik daripada keje petang tu dah enak dimakan.

Tuesday, March 27, 2012

Hotel Di Yogyakarta

Tengah pening2 fikir dan pilih2 hotel untuk jalan2 makan2 di Yogyakarta, Indonesia bulan depan. Antara short list yg dah ade ialah Ibis Hotel, Novotel Yogyakarta Hotel, Austin Hotel, Rumah Boedi Pavilion, Rumput Hotel & Rumah Mertua. Apekahhh??? Rumput Hotel? Tapi itu antara yg sangat2 berkenan. Dah buat reservation tapi hotel ni x de reply2 pun. Sedih betul. Rumah Mertua??? Sape punya mertua? Yg ni pun berkenan. Tapi ni bukan rumah mertua sy tau. Nama hotelnya saja. X de mak mertua, menginap di hotel mertua pun leh gak. Haha...
Sumber gambar drpd Agoda.Com

~published by iPhone~


Ini antara yang murah... Dekat dengan Pasar Beringhajo & Jalan Malioboro
RM90++ (without tax)


Yang ini di kawasan Tugu Jogja
skrg tgh prmo dgn rega RM122++ (without tax)
dekat dgn Galeria Mall Yogyakarta



Yang ni betul2 berhadapan dengan Jalan Malioboro
yang mana jalan ni memang terkenal dengan pelbagai hasil seni
RM153++ (without tax)



RM124++ (without tax)
antara hotel yang cantik dan lebih kurang 2.5km ke Jln Malioboro



Antara hotel yang menjadi pilihan juga
RM95++ with tax
tapi sampai skrg lom ade reply email drpd hotel ni
Letaknya di Condong Catur, Sleman


Ini juga antara hotel pilhan
berkonsepkan boutique & SPA hotel
reganya RM125++ with tax
letaknya di Jln Palagan Tentara Pelajar
bersebelahan dengan Hyatt Regency Hotel, Yogyakarta

Monday, March 26, 2012

Secretly Baking

Today I'm on medical leave cause of a little bit infection with my right eye. My eye swelling seem like an infection happen but Dr said it not because... Sometime when we got migrain & stress our eyes will swell and half of our head become headache. I'm take a good opportunity while on medical leave for going back to my home sweet home. Today my Ms Elba working hard for realise my secretly baking... Ops!!! Main purpose for updated this entry is to show about my base there. I'm not using digestive biscuit or whatever plain biscuit because dont have it. Presenting our base "oat crunchy with raisin & hazelnut"... Hahahaha. Till then ❤❤❤

~published by iPhone~

Delivery to Midvalley

2 box of cake & 1 container of tart crust ready for delivery to Midvalley on last Thursday. Tq kak Jah. Hope u like it :)


~published by iPhone~

Kek Coklat Lembab

Ini order dr kwn last week. Skali dgn choc cheese layer ari tu. Sy juga guna resipi yg sama utk buat kek cawan. Rasanya lemak2 & kurang manis. Hanya letak coklat cair atas kek. TQ ye kak Jah :)

~published by iPhone~

Sunday, March 25, 2012

Laici vs Mata Kucing

Alhamdulillah... Pokok laici ni berbuah lagi. Pokok ni dulu, jiran yg semai guna biji laici yg kite mkn tu. x sangka idup lak. Pastu bg kat rmh ni tanam. Dia amek sepokok lg tanam juga. Tapi malangnya pokok jiran tu mati. Tgl le yg ni je. Pastu berbuah elok pulak tu. ini rasanya musim buah yg ke-3 @ 4 dah. Rasa buah laici ni kurang manis, isi tebal pastu ade rasa mata kucing sket. X sabar nk tgu musim leh petik ni :)

~published by iPhone~

Kedai Hajah Robiah, Limbongan, Melaka

Jom wat promotion jap... Kedai Hajah Robiah ni letaknya di Limbongan, Melaka. Betul2 tepi jln besar berhadapan hotel Famosa yg watna hijau tu. Dulu depan sebelah jln tu laut dah. Tp skrg laut tu pun dah tambak. Maka terbinalah hotel Famosa tu. Ape yg best klu bfast kat sini? Owh... Style medan selera ye. Makcik Biah ni wat air je. Kuih muih mknan bungkus2 org htr kat dia. Yg gerai kecil2 lain sewa dgn dia. Terdapat 7 gerai kecil lain yg menawarkan pelbagai jenis makanan. Antaranya sate, pulut kuning, laksa asam, laksa nyonya, asam pedas tetel, nasi ayam, bubur ayam, roto canai, capati, jemput2 bilis, lempeng kelapa, popiah basah, ketupat, mee bihun kueh teow goreng serta soto sup, bakso, nasi dagang, nasi kerabu, nadi lemak... Warghhh!!! X tersenarai laaaa... Tapi ni antara tempat peberet utk bfast. Check it outtt!!!

~published by iPhone~

Saturday, March 24, 2012

Blueberry Cheese Tart

Tempahan blueberry cheese tart ni diterima drpd rakan sekerja untuk kenduri mak dia blk drpd mengerjakan umrah. Ini antara tempahan yg diterima sepanjang minggu ni. Alhamdulillah... Ada rezeki untuk kite kalau kite rajin. Yg penting sentiasa berusaha & berdia :)

~published by iPhone~




Cara2 Buat Cili Jeruk

Jom buat cili jeruk... Kali ni guna cili padi yg tumbuh dgn banyak kat kebun tu. Pokoknya sebatang je pun, buah cilinya yg banyak. Cili jeruk enak dimakan dengan bihun & kueh teow x kira goreng ke sup ke x pun yee mee sizzling ke. Zaman2 student dulu, mkn cili jeruk dgn megi... Walawehhh!!! Best bangat :)

1. Memula petik cili yg segar2. Pilih yg dah betul2 tua.
2. Buang tangkai cili
3. Cuci bersih
4. Letak beberapa ulas bawang putih & hiris beberapa keping halia.
5. Letak cili, bawang putih & halia dlm bekas yg boleh ditutup
6. Masukkan cuka separas dgn cili tadi.
7. Simpan 3 hari & boleh makan.

~published by iPhone~

Kari Ikan

Dah masak? Ari ni menu kari ikan selar besar campo terung. Best2...

Chocolate Cheese Layer Cake

Tempahan diterima daripada kawan mass sekolah menengah kat Ipoh dulu. Kalau kat whatsapp mmg selalu kena bahan la. Hehehe... Cian ko kan kak Jah yg dulu merupakan ketua pengawas perempuan. Dasat wooo... Garang ni dulu kak Jah. Dia dari sekolah smp dah masuk U tetap setia amek course yg sama. Oleh kerana kami sama course sama tempat keje (cuma sy di Melaka & dia di KL)... Maka selalu la kepochi2 kat whatsapp. Kebetulan Khamis lepas ade mesy di KL, jadi kak Jah order ni & neberapa yg lain utk dia mkn sndr. Dasattt...

Chocolate Cheese Layer ni, guna resipi yg ade jugak dlm blog ni. Cuma utk chocolate cake sy dah tambah minit masaknya menjadi 25 minit. Hasil kejadian semua elok, cuma bila buat dah tgh mlm dah letih tgu masak. Pastu p buka pintu oven besaq2... Lupa tutup... Merekah le sikit tang cheese tu. tapi kata kak Jah dia nk jugaaa... Ermmm... Hantarkan juga. Ape2 pun terima kasih ye Jah, sbb tempah & puas hati :)

~published by iPhone~
24032012 @ 0435

Friday, March 23, 2012

Megi Kari Sotong

Dinner time... Megi kari sotong... Walawehhh... Kasi berapi2 sket dgn 5 biji cili padi ye. Sotong kasi potong comel2 mcm bunga. Sedap betul ni :)

~published by iPhone~

Cara-cara Memasang Pemegang/Tombol Pintu

Dugaan kunci minggu ni. Kata kawan "MINGGU KUNCI SEDUNIA"... Hahaha... Pas blk dr mesy di KL smlm, nk buka pintu rumah lak x boleh... Adoiyaiii... Kunci tersekat, x sampai ujung (tak boleh nk masuk abes). Sib baek rumah ni ade lg 2 pintu lain. Bila buka dari dalam boleh je. Ni mesti masalah di central lock dalam kunci tu. bila dah belek, tgk mcm x susah nk pasang baru. Jadiiii... Perkara pertama ialah JANGAN PANIK!!! Hehehehe... Kemudian, kenal pasti jenis tombol pintu yg rosak, saiz & sebagainya....

*** tutorial cara2 pasang pagi jap lagi bila on9 kat pc ye...
### yang tulisan warna merah bwh2 gmbr ni yg edisi edit ye :)

~published by iPhone~



1. Gambar yang atas sekali ialah contoh2 pemegang/tombol pintu kite dah rosak... puncanya kunci x boleh masuk habis.

2. Cuba kenalpasti cmne cara nak buka pemegang/tombol pintu sediada. Untuk tombol pintu jenis ni, iainya adalah daripada jenis boleh dikunci drpd dalam. Skru pembukanya mestilah bhgn dalam kan. Kalau x senang pulak pencuri nak kopak pintu umah.



3. Pegi ke kedai jual alat2/bahan2 binaan. Kdg2 kedai cat pun ade jugak. Beli pemegang pintu/tombol pintu yg saiznya sama.Kalau takut2 x sama dgn yg kat rumah, bawa sekali pemegang pintu tu, x pun amek je gambo. Nanti org kedai harware tu tau.

4. Taraaaa... tu dah nampak kan... gambar yg bawah tu, lock kunci yang baru.




5. Masukkan kedua2 skru di bahagian belakang lock tu...

6. Ketatkan dengan pemegang skru mengikut jenis bunga skru.


Hoyeahhhh... siap sudah pemegang pintu yang baru :)

Wednesday, March 21, 2012

Kunci Keta

Episod pagi ni nk share2 pasal kunci keta yg x leh bawa klua khas utk keta manual. Peringatan utk diri sendiri, pastikan tiada istilah segugusan kunci ade dlm kunci keta. Hanya ade kunci keta & remote jek. Kebarangkalian tinggi bendasing tu akan masuk sama dlm lock adalah tinggi ye. Smlm sy berhadapan dgn pengalaman "kepanikan" selama 1 jam. Locksmith juga tidak membantu hingga akhirnya saya give up. Balik je rumah masuk keta dlm porch buka bonet nk discharge batery keta. Godek2 kunci sekali lagi, hoyeaaahhh... Boleh tarik klua. Alhamdulillah... Bagi mereka yg guna keta auto pastikan gear di kedudukan P ye. Jgn panik utk ug keta auto. Pengalaman utk diri sendiri ni.... Mcm2 hal

~published by iPhone~

Today Breakfast

Oat & a set of tuna sandwiches... Hoyeahhh!!!

~published by iPhone~

Tuesday, March 20, 2012

Tuna Sandwiches

Late supper??? Just finished my beads embroideries... Lovely Puakumbu design with moss green colour. Walawehhh... Soon will updated my arts. Tonite I'm supper with lovely 5 minutes preparation which is tuna sandwiches. Lovely attempting with 5 minutes precious time. Wink Wink Winkzzzz... I'm full hokay with a set of :)

~published by iPhone~


Monday, March 19, 2012

Bil 3 Bulan

3 bulan pening2 psl keta roda 4 ni... X sangka dah abes gini byk. Adoi laaaa... Sgt terasa pengaliran klua tunai bila hanya ade 1 poket saje. Yg dua bil pix atas tu kat Hyundai, bil bwh blh kiri tu kat wshop acond yg bwh blh kanan tu tkr tayar. Jumlah semua RM4xxx.xx tunaiiii... Huhuhu... Ari tu masa kat wshop tkr tyr, sembang2 dgn my bff kat whatsapp nk wat claim. Kata dia masuk buku. Klu la betul2 masuk buku & pastu transfer blk msk my account kan bestnyaaa... Teringin nk rasa pengalaman byr dulu kemudian claim. Huhu...

~published by iPhone~

Sunday, March 18, 2012

Hijau Lumut

Malam ni mulakan projek baru dgn warna baju plain hijau lumut. Customer dah bg bbrp guide line antaranya bajet yg dia mampu, corak yg dia x mo spt bunga2 & tabur2... Dia nak corak simple je... Nantikan hasil bila siap. :)

~published by iPhone~

Tahniah Kak Hidayat Ishak

Alhamdulillah... Smlm 17.03.2012 sempat hadirkan diri ke majlis bertandang kenduri rumah suami Kak Hidayat di Telok Mas, Melaka. Wlpun minggu lepas x dpt hadir ke Chukai, Kemaman, Terengganu kali ni dpt la pegi kan. Sekali bidan terjun ye misi khas. Tu pasal le gambar pun x brp nk ada. Bila gajet kite sendiri, nk minta tlg org lain pun pyh gak. Abes gegar2 semua gambo. Hehe... Kak Yat ni snrnya kawan Uda. Baru je kenal tahun lepas, tapi dah mcm lama kenal. Dengar2 lepas ni kak yat akan minta pindah dr Kemaman ke Seremban. Semoga dipermudahkan urusan. Tahniah ye kak yat semoga bahagia kekal ke akhir hayat :)

~published by iPhone~




Masak2 Ujung Minggu

Dah siap masak lom utk tghr ni? Jom jengah ape yg di masak smlm dgn hari ni... Ok! Hari ni masak sambal cili padi terung, sambal telur pecah & petola msk air + suun. Gambar yg bwh ni ye. Tunggu masa nk ngap jekkk... Menu smlm pulak ialah gambo yg bwh skali. Pagi2 smlm dah siap masak sbb tghr nk p kenduri kwn. Smlm msk ikan kembung taucu, peria goreng cili padi & sambal sotong kering. Mcm biasa, kena masak awal sbb jap lg mak ngan bpk blk nk mkn tghr. Lgpun sy mahu ke kedai manik beli stok & juga nk blk ke rmh sy utk kemas2 dan tdo sana mlm ni. Klu sempat mahu ke kedai aksesori keta, hon keta x bunyi lak. Ermmm... Jemput mkn semua

~published by iPhone~




Cuti2 Melaka :.: Great Structures

Kongsi2 cuti2 di Melaka kali ni tentang great structures/struktur hebat/bgnan cantik. Tidak dpt lari drpd bila jln2, jumpa je bgnan cantik mesti amek gmbr sbb sy drpd bidang yg berkaitan. :) Maaf kalau gambar x brp nak jelas sbb tuan umah guna tepon je amek pastu edit pun guna perisian instagram je. Terdapat banyak struktur yg cantik2 & hebat2 kat sini. Gambar ini hanya beberapa sahaja yg sempat diambil masa jadi part time tourist guide semasa shbt baik sy berkunjung ke sini. :)

Details akan updated kemudian bila on9 kat pc. Kat sini x leh nk tulis2 bwh gambo ni. Huhu...

~published by iPhone~


Rumah Merdeka di Kg Morten
rumah ni dibuat secara pasak
letaknya betul2 di tebing Sungai Melaka
Kalau kite naik river cruise, mesti lalu situ



Stadhuys Building
kalau ke Melaka tapi x pegi sini mcm x lengkap kan
trademark warna bangunan merah ni mmg ramai yg tau
yg sebelah kiri tu ialah gereja (masih digunakan)
yang sebelah kanan ni pula ialah Muzium
Muzium ni mmg best... bayaran cuma RM5 je
pelbagai cerita mengenai Melaka ada dlm ni



Ini pula Muzium Islam Melaka
kalau perasan ade tangga di kiri ngan kanan bangunan
pastu yg menarik ade pintu kayu besar kat depan sblh pagar tembok
mcm cerita dulu2 kala eikk..



Jambatan Hang Tuah
antara struktur jambatan yang cantik
ini adalah binaan baru yang dibuat oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
antara jambatan yang merentas Sungai Melaka



Jambatan Old Bus Station


Memorial Kemerdekaan
letaknya di Bandar Hilir bersebelahan dengan runtuhan A'Famosa



My chegu Chapija near to Sungai Melaka
perasan x grafiti yg dilukis di blkg bangunan tu?
Lukisan2 ni dilukis oleh pelajar UiTM
ade pelbagai cerita yg diceritakan melalui lukisan tersebut

Friday, March 16, 2012

Episod Duka

Alhamdulillah... Akhirnya, kenderaan beroda pat ni pulih gak drpd episod kedukaan. 3 bulan lebih dpt cuti & duduk dlm ward oleh krn tuan dia x cukup $ nk beli sparepart baru. Sedih tu x tau la nk cerita cmne bila otak/jantungnya rosak. Ribu2 nak cari sblm boleh operation. Hehehe... Ape yg rosak? ECU keta ni rosak. ECU ialah Electronic Control Unit yg berfungsi sebagai menguruskan enjin secara keseluruhan serta mengatur bekalan bahan bakar dan udara kemudian pengapian.

Alhamdulillah dgn berkat usaha Faisal yg merupakan mekanik di Hyundai ni, siap dah keta ni. Terima kasih ye Faisal yg dah 8 tahun setia menyelenggara keta ni. Sempat juga tukar pemegang pintu yang patah tu. Dia dah service bagi jadi longgar. Sy senang dgn mekanik ni sebab mmg dari mula beli dia yg bikin lebih 3/4 kali servis. Lagipun dia mudah berbicara & x lokek ilmu. Keta dah 8 tahun, sy masih setia service di pusat servis utama Hyundai.



Episod bermula gambar sebelah kanan tu... Sebab Hyundai x buat aircond, tu yg htr kat luar. Lepas je buat kat situ la mangkuk ecu tu wat hal. Pe boleh buat redha je la. Sementara nak tunggu $ cukup, rehat le keta ni. Pastu nak tau/sah ecu rosak je makan masa 2 minggu gak dak Faisal ni check. Kesian smp sakit2 blkg dia pasal menunduk check wiring keta 4 roda ni kan. Akhirnya gambar penuh ni, tu nampak kepala jek... Dia tgh last test.


Mangkuk ECU yg rosak tu mcm gambar yg atas ni... tu ade sekali no part dia 39110-02930 warna silver... yang ni memang untuk keta manual. Kalau guna keta auto lain no siri part ni. Yg bawah ni lak ialah G-Scan yg gunanya utk check segala mak nenek dlm enjin keta ni. Secara x langsung sy juga dpt bljr byk benda dr dlm benda alah ni melalui mekanik sy ni. Mangkuk G-Scan ni touch2 hokayyy... touch mcm galaxy note leh pakai ujung kuku. Si Faisal ckp, ingat tepon akak je ke leh touch2... wakakaka... hawau jekkk

Ok la... terima kasih banyak2 kat Hyundai Car Service Centre terutamanya Faisal & Miss Liew (minah ni selalu call ai utk updated). Paling banyak berjasa tentulah kat family sebab bagi guna keta spjg keta sy ni rosak x leh jalan kan. TQ my lovely dad & mom :)

~published by iPhone~

Thursday, March 15, 2012

Sotong Penyet :.: Cuti2 Makan2 Melaka

Sesi seterusnya kejadian makan2 & cuti2 Melaka ialah makan tengahari. Walaweehhhh... Sotong Penyet pulak ke? Kami pilih lain2 menu. Ade sotong, pecel lele & ayam penyet... Makan dgn nasi uduk. Set ni RM6.80 harga yg berbaloi bg sy. Kami mkn 3 org dgn set nasi dan juga air jumlahnya RM26.20... Air yg best kat sini limau asam boi. Rasanya limau tu dia blend kot. Kat mana lokasi? Dekat je dgn rumah, kwsn industri Bt Berendam dkt dgn Kamdar & Giant serta SIRIM Melaka :)

~published by iPhone~

Menu Sarapan Sehari

Weeehhhaaaa... Sarapan & sarapan. My bff chegu chapija dtg dgn kwn dia Intan, sok smlm kami bfast besaq k. Antara menu spt gambaq bwh ni. Satay, penang asam laksa, popiah basah, kuih muih, laksa nyonya & roti canai. Lokasi di Kedai Mak Biah, Limbongan, Melaka.

~published by iPhone~

Tuesday, March 13, 2012

Yong Tau Fu Melaka Style

Weeehhhaaa... Makan yong tau fu ye mlm ni. Punya hepi depa dok pilih smp x sedar semangkuk besaq mcm ni. Lapaq kot na. Sy mmg x masak la sbb kami byk abes masa atas jln. Td blk dr Seremban pun smp rmh dah jam 8 mlm. Klu kat Melaka ni yong tau fu mkn dgn kuah sup. Tempat popular ialah Gelombang Biru di Pulau Gadong. Sy sengaja suh depa berdua pilih ape yg depa mau makan. TAPI sebelum tu dah pesan... Jgn amek banyak sgt, nanti x abes makan sebab dia akan jadi portion yg besar. Sementara tunggu dorang masakkan tu, tanya lah jugak... cmne pilih? ok x? Ok je kata depa. Kami amek tauhu yg besar2, ade ruang kosong byk dlm magkuk tu. Dlm hati tu dok gelak2 kat depa berdua, ruang kosong ye... lepas tukang masak potong tauhu2 tu... tau la korang. Penuh gila la dgn tauhu2 korang pilih tu. Hahaha... AZAB nak ngabeskan...

~published by iPhone~

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...