Tuesday, November 30, 2010

Moga Ini Yang Terakhir...

Setelah seminggu berkuarantin... Jam 1430 nanti akan tiba la hari penentuannya... Semoga ini merupakan peperiksaan terakhir sepanjang pengajian yang telah berlangsung semenjak 9hb. Julai, 2005. Melewati usia 5 tahun pengajian... begini la kalau belajar secara separuh masa, terlalu lama masa yang diambil untuk menyudahkan urusan2 ini. Penuh getir melaluinya...Gambar ini juga diharapkan sebagai kenangan2 akhir di Perpustakaan Sultanah Zanariah (bilik karel no 14 tadi...)

Semoga ALLAH S.W.T mempermudahkan urusan hambaNYA yang serba kekurangan ini... Amin...

Saturday, November 27, 2010

On Working Leave... Study... Exam...

@ 5th carrel room, Sultanah Zanariah Library, UTM

May ALLAH bless me for such a good time being :-)

Wednesday, November 17, 2010

Kek 3 Rasa @ Kek Marble Trio

Terima kasih kepada Encik Adnan Ibrahim ataupun lebih dikenali sebagai Cik Mat Gebu... seorang blogger masakan tersohor di tanah air kita ni... kebanyakan resipi2nya menjadi igauan kepada setiap daripada kita... kalau tidak, masakan penerbit2 majalah dan juga pemilik2 katering (chef2) mencilok hasil karya dia... Mencilok dalam erti kata lain mengambil gambar hasil CMG tanpa diberitahu kepada tuannya... semoga CMG terus bersabar ye. Lepas ni harap terus berkongsi idea di Dapur Tanpa Sepadan.

Buat projek bakar2 kek ni petang tadi masa hujan tengah lebat2 tu kan. Nak pegi berjalan2 hari ujan lebat, jadinya tukar plan la kan. Lagipun ade anak sedara menolong... Untuk resipi... boleh pegi terus ke laman blog Cik Mat Gebu di http://tiffinbiru.blogspot.com

Terima Kasih

Terima kasih kepada semua yang memberikan hadiah & kegembiraan... Nampaknya bulan November ni macam2 la kejutan2 yg diterima kan... terima kasih semua :-)

Dalam ni ade Blueberry Cheese Tart
sebagai hadiah kepada ex-bos
semoga beliau serta keluarga mendapat haji yang mabrur

beliau telah menghadiahkan pasu Sarawak yang cantik ni
sangat gembira :-)

Dah 10.11.2010 pun masih ada kek?
kek sempena sambutan hari lahir ni... kawan2 sepejabat yang bagi
pandai dorang ni berlakon tau...
sorang technician tu minta disemakkan surat
(sebelum klua ke tapak projek ada minta dia buat)
tengah serius2 membetulkan draft surat yg dia buat tu
tiba2 ada nyanyi2 beserta kek masuk bilik...
terharu2 :-)

sepetang yang dijayakan oleh mereka... :-)

Salam Aidiladha 1431 Hijrah

Alhamdulillah... 11 zulhijah 1431H bersamaan dengan 17hb. November, 2010 kita di Malaysia ni menyambut Aildiladha.... :-) Macam biasa la kan, juadah di pagi raya lebih kurang sama je mana2 rumah pun... Tahun ni disebabkan kesibukan, jadinya beraya pun di sini je la.

Ketupat nasi tu, rebus dengan periuk bertekanan tinggi (pressure cooker) je... lagipun buatnya tak banyak, 20 biji je... boleh la rebus dalam periuk tu kan. Menjimatkan masa & gas sungguh la... Mee laksa tu pun rebus dalam periuk yg menjimatkan masa tu... :D

Menu di pagi raya ialah ketupat nasi daun kelapa, lemang, rendang ayam, rendang daging lembu, masak lodeh dan juga laksa penang... Masak pun tak banyak, cukup2 untuk masing2 makan le kan, lagipun aidiladha kawan2 jarang berkunjung ke rumah. Ade buat kek juga... Kek Marble Trio resipi blogger tersohor iaitu Mat Gebu...

Tak lupa juga ingin menucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke-5 untuk anak sedara Danial Bin Shaaraz. Maaf ye CEKENYEL, uteh tak dapat pegi rumah sebab malas.... hehehe

Akhir kata... Selamat Hari Raya semua :-)

Thursday, November 4, 2010

Blueberry Cheese Tart << tempahan >>

Blueberry Cheese Tart ni ditempah oleh rakan sekerja... katanya untuk dibawa balik ke kampung di Serembang sempena Malaysia bercuti menyambut perayaan Deepavali. Dah puas ejas cahaya kat kamera ni, tapi dia masih nampak warna kuning gak... tak pe la kan yg penting kejadian sebenar tak begitu... hehehe... Belajar buat filling cheese ni dgn rakan blogger juga a.k.a pengusaha blueberry cheese tart iaitu Kak Azita Zain di Lestari Kehidupan... belajar secara online je... tapi filling ni yg paling superb setakat ni dah penah buat... Terima Kasih Kak Ita :-)

Monday, November 1, 2010

1.11.2010 ...Happy Birthday To Me...

Syukur Alhamdulillah... atas rahmat2 yang telah DIA berikan kepada hambaNYA ini... menginjak ke tahun seterusnya bertambahlah usianya... semoga beroleh kerahmatan dan diberkati hidup... terima kasih kepada kedua2 ayahanda & bonda atas segala yg telah dicurahkan... kepada adik beradik, anak2 buah, kaum keluarga yg jauh dekat, kepada rakan2 seperjuangan semasa di Sek Keb Lepar Utara 8, Sek Keb Trolak Timur, Sek Men Trolak, Sek Men Teknik Ipoh, Kolej Yayasan Alor Gajah, UiTM Arau Perlis, UTM Jalan Semarak, rakan2 sekerja di Melaka ni, di Kelana Jaya... banyaknya... mcm tak tersebut semuanya... hihi... Terima Kasih atas sokongan yg tidak berbelah bahagi... komen2 membina menjadikan diri lebih dewasa melalui kehidupan... Semoga ALLAH SWT memberkati hidup ini... Amin :-)

Baked Oreo Cheese Cake ini... amek resipi kat rumah Kak Ummi Kuantan... terima kasih kak

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...